“Wah syoknya, cepatlah Lila dapat adik”-Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang cukup popular dengan penampilan versatil mereka. Meskipun pasangan ini sudah memiliki dua cahaya mata yang comel, Scha dan Awal tetap maintain bergaya dengan outfit pilihan mereka. Nampak elegan dan menarik perhatian ramai yang melihatnya. Tentu korang pun suka dengan penampilan Scha dan Awal kan?

Di sebalik rutin kerja yang cukup sibuk dan jadual yang padat, Scha dan Awal sempat bercuti dan meluangkan masa berdua bersama di kota Paris baru-baru ini.

Memandangkan sudah hampir ke penghujung tahun, ramai mengambil kesempatan dengan bercuti ke luar negara bersama pasangan dan keluarga tercinta.

Begitu juga buat Scha dan Awal yang bercuti di beberapa tempat termasuklah di kota Paris.

Scha dan Awal kelihatan bercuti berdua tanpa membawa dua orang cahaya mata mereka iaitu Lara serta Lila. Mungkin pasangan romantik ini teringin berbulan madu bersama kan..

Melihat posting Scha di Instagram, beliau kini sedang berada di Paris bersama Awal atas urusan kerja namun turut kelihatan berbulan madu bersama. Sambil menyelam minum air katakan..

Posting video terbaru Scha menunjukkan beliau bersama Awal sambil melayan trending tiktok. Nampak supportive pasangan romantik ini.

Wajah Scha dan Awal pun kelihatan awet muda seolah-olah seperti pasangan baru berkahwin.

Sementara itu, posting video oleh Scha telah menerima 334,000 tontonan dan komen daripada kalangan peminatnya. Netizen juga sempat mengusik Scha untuk menambah lagi satu cahaya mata menerusi ruangan komen.

Apa salahnya kalau Lila dan Lara dapat adik lagi kan? Hehe mesti jadi trio girls kan atau adik lelaki, confirm meriah lagi keluarga Scha dan Awal.

Sumber: Instagram schalyahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!