“Baguslah Rina makan tofu, anak akak bg tofu dia luah balik” – Netizen

Baguslah Rina ni memang anak Korea, tidak boleh disangkalkan lagi kekoreaannya. Setiap kali waktu makan adalah waktu yang ditunggu-tunggu buat kanak-kanak Korea. Mereka memang amat gemar makan dan soal makanan tidak pernah memilih malah mereka makan apa sahaja yang dihidangkannya. Senangnya menjaga Rina ni, menu apa pun tidak dia kisah kan.

Rina memang seorang budak yang senang dijaga dan diasuh malah memang mudah untuk Maryam tinggalkan sekiranya ada kerja diluar kawasan. Ryzal juga mengakui perkara itu.

Baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang setahun, dilihat Rina mendapat pelbagai jenis hadiah daripada peminat dan pihak tajaan yang pelbagai jenis. Malah semuanya adalah keperluan barangan bayi dan kanak-kanak seusia Rina.

Melihat setiap suapan Rina ke dalam mulutnya telah dapat dilihat beliau diajar sejak dari kecil lagi menyuap makanan sendiri ke mulut dan tidak disuap waktu makannya. Memang cara didikan orang Korea.

Malah kedengaran didalam video, pembantu rumah Maryam juga terkesima melihat suapan Rina. Rina menikm4ti makanannya dan setiap tofu yang dimakan sekali suapan sahaja ke dalam mulutnya. Nampak seperti sangat lazat walhal jika diberi ke kanak-kanak biasa pasti tidak mahu makan tofu seperti begitu.

Maryam dan Ryzal tidak kisah jika anaknya Rina dijemput sekali ke majlis-majlis tertentu, malah jika Rina dipelawa menjadi duta pasti akan mereka terima saja. Ini kerana mengajar Rina menjadi seorang yang boleh berkomunikasi dengan masyarakat.

Memang menjadi bualan dan kegemaran sekiranya Rina sedang makan dan sedang enjoy dengan makanan yang diberikan. Lebih menarik menu yang diberikan adalah semulajadi dan selalunya sayuran. Itu yang menarik dan Rina makan dengan baik sekali.

Itulah antara komen-komen netizen, selainnya sering memuji sikap Rina yang tidak pernah men0lak makanan, malah menikm4ti makanan yang diberikan dengan baik. Banyak lagi komen diberikan. Lihat komen mereka.

Rina sudah mula berjalan dan belajar berkomunikasi. Tak sabar mendengar kata-kata koreanya. Mesti dah besar nanti petah bercakap ni.

Sumber; ig duriankimchijunior

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!