“Urat kuat lagi naa, klu ceq dah tergeliat adeh” – Netizen

Tatkala ramai seusianya yang terpaksa mengehadkan pergerakan fizikal dek faktor umur, nampaknya pelakon nan seorang ini begitu rancak bertenaga. Jika meninjau perkongsiannya di media sosial, kita yang melihat inipun jatvh terpegun dibuatnya dengan content-contentnya seperti ini di TikTok. Jika sebelum ini pun memang dia dapat dilihat sebagai seorang yang energatik, hantarannya kali ini juga tak kurang bertenaganya malah barangkali lebih lagi. Ramai yang kagum dengan kelincahan, Didi Alias.

Apa tidaknya, lihat sahaj4lah aksinya yang menari mengikuti rentak lagu Hindustan yang rancak ini. Agak luar biasa juga penangan Didi. Orang yang menengok pun rasa terhibur dan rasa nak menari sekali dibuatnya. Sporting sungguh dia menghiburkan netizen.

Dengan kaki dan tangan yang pantas berhayun, sempat lagi figura berusia 50 tahun ini berlari-lari dan melompat mengikut muzik. Orang muda pun kadang susah nak jumpa yang berperwatakan sungguh bertenaga begitu. Bersemangat sungguh ibu kepada enam cahaya mata ini.

“Diperambatnya itik tu.. adei s4kit perut aku gelak”, “Tak pernah tak lawak”, “Terlebih sugar intake ni”, “Kak Didi memang aktif tu”, “hahahaha…. Angsa pun takut tgk mummy berjoget”, “ulang2 tgk haaa.. ni namanya ngelejat”, “Cergas sokmo dio, makan gapo eh”. Begitu antara komen netizen.

Lucunya, dalam pada itu ada yang bertanya apakah yang dimakan oleh pelakon itu hingga sungguh bertenaga sedemikian. Ada pula yang mengakui sekiranya berada di usia Didi itu, pasti boleh mengundang s4kit urat jika mahu melakukan aksi yang sama.

Pernah mendirikan rumah tangga tangga dengan pelakon, Ridzuan Hashim pada 1991, mereka kemudiannya berpisah pada 2000. Hasil perkongsian hidup Ridzuan dengan Didi, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Hampir 10 tahun menjanda, Didi kembali bergelar isteri apabila disunting bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 8 Mei 2009. Ha… Mengikat tali perkahwinan dengan orang sukan, inikah gamaknya antara sebab Didi juga memiliki fizikal yang aktif?

Apa pun, pernah berkongsi sebuah dengan media hiburan, kata Didi, sebagai selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai, dia sememangnya amat menitikberatkan soal penampilan memandangkan yang ditampilkan menjadi perhatian umum.

Kalau sudah begitu, sudah pastilah juga nenek kepada tiga cucu ini menjaga penampilannya melalui pemakanan dan penjagaan kesihatan. Tapi kalau dah ceria selalu macam Didi memang boleh awet muda jawabnya.

Menariknya, jangan tak percaya baru-baru ini, Didi juga dilantik sebagai Duta produk kecantikan. Didi akui dengan ungkapan ‘lagi tua lagi menjadi’ mencerminkan dirinya yang walau pun sudah bergelar ‘nenek vogue’ namun tetap mahu kekalkan penampilan dirinya agar sentiasa kekal cantik dan sihat. Buktinya, lihatlah hantarannya ini ya…

Sumber : IG Didi Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!