“Untung yusof dpt isteri yang jaga aurat dia” – Netizen

Menjadi seorang isteri yang sempurna itu bukanlah satu perkara yang mudah. Seorang isteri bukan sahaja perlu menjaga maruahnya sendiri malah maruah suaminya dimana sahaja mereka berada. Menjaga aurat juga adalah salah satu tanggungjawab isteri dalam menjaga maaruah mereka dan suami mereka. Imej yang dipertontonkan orang sekeliling perlulah dijaga kerana aurat juga adalah a1b kita.

Seperti kita kenali penyanyi rap wanita tempatan kita iaitu Zizi Kirana telahpun mengubah imejnya dari sksi sekarang sudahpun berhijab.

Siapa sangka dari imej sks1nya beliau telah berubah sekaligus dengan tatabicaranya yang semakin lembut. Beliau tampil dengan imej baharunya seperti mengumumkan beliau sudah mengambil langkah besar dalam mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

Kita juga sedia maklum bahawa beliau juga telahpun bernikah dengan seorang pelakon dan model tempatan bernama Yusof Bahrin pada bulan September lepas.

Baru-baru ini, Zizi telah berkongsi beliau dan suami telah pergi bercuti ke Semporna, Sabah. Beliau memaklumkan mereka ke sana menggunakan sebuah agensi perlancongan bagi memudahkan urusan dan menyeronokan lagi memori merek

Dilihat dari video yang dikongsikan Zizi Kirana tersebut, mereka kelihatan sangat bahagia dan cocok antara satu sama lain. Dua dua bukan sahaja cantik dan kacak malah sangat serasi bersama.

Di dalam video itu juga, terlihat Zizi Kirana sangat menjaga auratnya dari dilihat oleh lelaki lain sehingga dilihat beliau memakai stokin ketika berada di dalam air.

Warga netizen juga memuji Zizi kerana pandai menjaga auratnya dan mengatakan Yusof sangat beruntung memperisterikan Zizi. Selain itu, ramai yang mendoakan kesejahteraan hubungan suami isteri mereka.

Untuk isteri-isteri diluar sana, contohilah Zizi. Tak kira bagaimanapun kisah silam kita, kita harus ikhtiar untuk menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Ini kerana keberkatan dalam apa jua pekerjaan atau urusan akan dipermudahkan oleh Illahi.

Sumber : instagram Zizi Kirana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!