“Asal pkul 7 eh orang nak solat maghriblah, buatlah pkul 10” – Netizen

Ramai rupanya netizen di maya memberikan komen bahawa drama lakonan dua pelakon muda dan sedang meningkat naik ini best giler dan ala-ala drama Korea. Tak kurang pula yang memberikan respons bahawa ia lain daripada drama Melayu yang lain. Apa pun yang lebih menarik perhatian adalah lakonan Amelia Thripura Henderson dan Aedy Ashraf yang dilihat serasi bergandingan.

Dek itu, ramai yang kesal apabila tak dapat lekat menonton drama lakonan mereka berdua ini di layar televisyen. Tak kurang juga yang memberitahu di ruangan komen posting Amelia bahawa tayangannya pada waktu umat Islam mengerjakan solat, iaitu Maghrib.

Ia menyebabkan ramai dalam kalangan netizen merasakan waktu tersebut kurang sesuai untuk tayangan drama best itu barangkali disebabkan waktu Maghrib adalah sangat singkat. Jadi ada yang khuatir terlepas salah satu daripadanya.

Bagus betul netizen yang prihatin tu ya. Harap ia dapat dipertimbangkanlah oleh pihak siaran TV tersebut. Apa pun lazimnya ada slot siaran ulangan bagi drama tertentu yang ditetapkan pada waktu-waktu tertentu. Namun tak pasti untuk drama yang ini. Tunggu sajalah ya…

Semakin mendapat tempat di hati peminat, memetik carian di maya, rupa-rupanya menarik latar belakang Amelia ini. Ibunya ialah seorang dktor gigi berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Bapa beliau pula adalah seorang arkitek berketurunan Scotland bernama Graham Henderson.

Amelia yang memeluk Islam dengan nama barunya Datin Putri Noor Amelia Thripura Henderson Abdullah pernah sah bergelar isteri kepada Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra, putera kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sltan Haji Sir Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015.

Bagaimanapun rumah tangga yang dibina anak sulung daripada dua beradik itu hanya bertahan kira-kira tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2018. Selain berlakon, Amelia juga aktif sebagai model dan iklan komersial.

Sementara itu, pelakon Aedy Ashraf atau nama sebenarnya Mohammed Zaedy Ashraf bin Rosmadi yang lahir 20 September 1993, mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2003 menerusi filem Jutawan Fakir.

Sejak itu, Aedy membintangi puluhan drama dan telefilem. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sebagai pelakon kanak-kanak, paling dikenali sebagai Faiz dalam Waktu Rehat, Muhammad dalam Qalesya; Shafiq dalam Oh My English dan Mukhriz dalam Cinta Tiada Ganti.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Aedy mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, seorang dramatis popular sejak era 90-an iaitu Liza Zain. Dengan pelbagai genre lakonan sudah dicubanya, patutlah bakat lakonannya kian mendapat tempat di hati peminat.

Sumber : Amelia Henderson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!