“Undercover ke tu Tuan Mazlan” – Netizen

Waktu dahulu, seseorang individu tidak akan mampu menyandang nama sebagai seorang artis jika hanya mampu menjual wajah cantik dan tampan sahaja tanpa sebarang bakat dalam diri. Tetapi sekarang, populariti dapat dibeli dengan hanya berdasarkan jumlah pengikut pada platform media sosial seperti Instagram dan Twitter tanpa sebarang kualiti yang ditapis.

Dato Mizal atau mesra dengan panggilan AC Mizal ini memang sudah terkenal bukan sahaja sebagai seorang pelakon malah juga berbakat besar dalam pengacaraan, nyanyian, melawak dan banyak lagi. Sering menjadi juri dalam sesebuah program realiti di televisyen, Dato AC tidak hanya fokus mencari artis yang berbakat tetapi juga sangat versatil seperti dirinya.

Memulakan langkah pertama sebagai seorang penyanyi kumpulan pop yang bernama 4U2C, lagu bertajuk Fiona nyanyian dari tujuh orang penyanyi berbakat termasuklah AC Mizal pernah menjadi kegilaan ramai pada waktu dahulu. Kejayaannya bersama kumpulan ini diteruskan sehinggalah mereka memutuskan untuk membuat haluan masing-masing pada tahun 1996.

Perkahwinan kali kedua buat Dato AC Mizal bersama seorang model cantik bernama Datin Emylia telah berjaya mengurniakan mereka sepasang anak lelaki dan perempuan yang bernama Reeve Damien dan Fea Eryssa. Kini anak kepada Dato AC Mizal juga telah mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan telah mengeluarkan lagu bersama ayahnya itu yang bertajuk Mine.

Satu video telah tular baru-baru ini yang telah melibatkan nama Dato AC Mizal di media sosial bernama TikTok. Hasil perkongsian orang ramai terhadap video tersebut, anak kepada Dato AC Mizal merupakan individu pertama dalam keluarga yang mula menyedari perkara tersebut.

Kalau dahulu Dato AC pernah menjadi salah seorang dari barisan pelakon Gerak Khas yg memegang watak sebagai Inspektor Mazlan, ada netizen yang mentafsir bahawa Dato AC sebenarnya sedang melakukan sebuah misi penyamaran.

Perasaan yang bercampur-baur antara lucu dan kesal, Dato AC telah menampilkan diri bagi memberi keterangan bahawa individu yang berada dalam video tersebut bukanlah dirinya tetapi orang lain. Wajah yang sangat serupa dengan dirinya dalam video itu telah mengundang berbagai pertanyaan dari para peminat.

Peminat dan netizen keseluruhannya sangat terhibur dan lucu melihat gelagat seorang lelaki yang mirip sekali dengan Dato AC itu. Kelincahannya ketika menari menunjukkan bahawa dia memang sudah biasa dengan tarian dan tidak kekok untuk menari di khalayak ramai.

Memang kelakar betul tengok video menari yang seakan-akan Dato AC tu. Kalau orang tak tahu, pasti sudah percaya bahawa memang Dato AC yang sedang menari dalam video tersebut.

Sumber: Instagram Dato AC Mizal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!