“Ulang byk kali nak dengar dia cakap tak boleh” – Netizen

Kejelitaan pemilik nama Nur Fazura ini sememangnya tidak dapat di sangkal lagi. Kehadiran beliau dalam industri hiburan mula mendapat perhatian sejak bermula dengan beberapa iklan komersial di kaca televisyen. Beliau kemudiannya memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi filem Bicara Hati dan kemudiannya filem Gol dan Gincu bergandingan dengan arw4h Ashraf Sinclair ketika itu.

Kejelitaan pelakon ini terus mendapat perhatian meluas media dan para peminat. Malahan beliau juga di nobatkan oleh para peminat merupakan antara pelakon wanita yang mempunyai wajah yang jelita dan sentiasa bergaya.

Fazura bertemu jodoh dengan juara hero remaja iaitu Fattah Amin setelah berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Menerusi satu muatnaik video di Instagram peminat, hantaran video berkenaan memaparkan Fazura sedang merakamkan video anaknya Fatima sedang bersantai menonton televisyen bersama bapanya di ruang tamu.

Sudah namanya pelakon, ada sahaja gelagat Fazura yang ingin mengusik suami dan anaknya itu yang sedang bersantai. Fazura kemudiannya menyoal anaknya yang sedang berdampingan bersama โ€˜suaminyaโ€™.

Secara spontan, Fatima menjawab โ€˜Tak Bolehโ€™ kepada mommynya lantas membuatkan Fattah ketawa dan terhibur mendengarkan jawapan anaknya itu. Comel betul la Fatima ni.

Menjengah keruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Fatima dan juga Fazura yang suka mengusik anaknya itu. Menginjak keusia 2 tahun pada bulan Oktober ini, Fatima juga sudah semakin petah bercakap dengan jelas.

Para peminat juga memuji anak pasangan itu yang secara spontan menjawab Tak Boleh kepada ibunya dan bercakap dengan sebutan yang betul dan jelas. Berikut dikongsikan pula komen- komen yang di tulis oleh netizen.

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan Fazura kelihatan semakin sopan dan sering berkongsi gambar beliau menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dengan penampilan baru beliau itu.

Kini anak pasangan ini iaitu Fatima pula semakin membesar dan semakin panjang akal. Gelagat Fatimah juga ternyata mencuit hati peminat yang geram dengan kecomelan si cilik itu.

Sumber: ig jetaime fattzura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!