“Tokram, muka toyer jer” – Netizen

Bagi peminat muzik tempatan, pasti mengenali figura yang juga pemuzik tersohor negara, Datuk Ramli MS ini. Dengan wajahnya yang terlihat sentiasa serius dan jarang mengukir senyuman, pasti ramai ingat beliau seorang yang agak sukar dibawak bergurau. Apatah lagi sering diundang menjadi juri persembahan di pentas, ‘kerjanya’ asyik mengomen orang. Tentu ramai yang rasa ‘s3ram’.

Apa pun siapa kata Ramli atau biasa dipanggil mesra sebagai Tokram ini tak boleh dibawa untuk berjenaka. Dalam pada mukanya terlihat tegas dan ‘ketat’ itu, satu-satunya yang tak ‘takut’ tentulah isterinya, Datin Alyah.

Lucu pula melihat Alyah seakan menyakat Tokram sambil bervideo dengan lip sync lagu Hindustan. Sambil menyanyi, Alyah menghalakan kamera pada Tokram yang kelihatan sedang melayan telefon pintarnya.

Dalam pada isterinya ‘sibuk’ buat konten di depan, Tokram pun sibuk di belakang. Tapi kira sporting juga dia kerana layankan saja isteri tersayangnya itu biarpun tanpa ekspresi wajah.

Biarpun Tokram tidak melakukan apa-apa, selain menoleh sekali-sekala melihat Alyah, itu sajapun dah bikin netizen tercuit hati. Tak kurang mengakui mereka tetap kelihatan comel dan sweet bersama.

Usaha Alyah barangkali untuk menghiburkan dirinya itu juga agak berjaya dek melihat reaksi Tokram sebegitu. Ramai juga netizen yang mengakuinya.

“Hahahahahaa comel jea suka betul klu husband kamu ni masuk lam bideo kamu ..auto nampak sweet walau dia muka ketat, Dato..dato..”, “Tok Ram pnnn… Buat deeekkk jer”, “Sy pn nk ketawa bila tngok”, “Tokram ckp dlm hati bini aku ni dah kenape”.

Itu antara komen netizen. Dalam masa sama, tak kurang juga yang perasan Tokram masih mengekalkan ‘trademark’nya yang akhir-akhir ini sering dikongsikan di medsos dengan memakai kain pelekat.

Lucunya ada pula yang mencadangkan agar ada syarikat kain pelekat agak melantik Tokram sebagai duta dek sering beraksi dengan kain itu. Betul juga ya… tapi agak mencuit hati cadangan itu. Terbayang muka serius Tokram tu…

Mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013 dengan Tokram di negara seberang dan merahsiakan perkahwinan selama setahun lima bulan sebelum dihidu media, pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber : IG Alyah Abu Hasan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!