“Haha hoi, takde kerja lain eh” – Dynaz Mokhtar

Mempunyai kawan yang sekepala suka bergurau senda memang menyenangkan. Kadang tatkala jiwa kita sedang berdukalara ada juga sang penghibur. Begitupun bukan semua dalam kalangan kita dapat menerima jenaka biarpun daripada rapat kawan, sebabnya kerana cepat sentap. Apa pun persahabatan dua sekawan ini, sememangnya dapat dilihat keakrabannya. Dua-dua sejenis yang gila-gila sampai terhibur juga kita dibuatnya.

Lihat saj4lah bagaimana aktor, Azhan Rani ini ‘mengenakan’ kawan baiknya aktres, Datin Dynaz Mokhtar. Dalam video dikongsikan terlihat Azhan berlakon tipu-tipu seakan berb4ngsa C1na yang menangisi rakannya.

Dalam video itu, potret Dynas yang dinamakan Madam Wong dengan jubah graduasi diletakkan di lilin di kiri dan kanan seumpama acara mengingati si m4t1. Di akhir video tertulis R1P.

Gamaknya terkejut dengan gurauan itu, Dynas di ruangan komen hantaran Azhan di IGnya itu menulis: “Hahahaha.. hoi…takde kerja lain eh?”. Mana taknya Azhan melakukannya dengan bersahaja.

Melihat air muka Azhan sedemikian saja, rasa nak tergelak. Apa pun Dynas pun sporting je siap ketawa di kapsyennya itu. Tak kurang rakan artis seperti pelakon, Didie Elias, Sheila Hassan, Pekin yang turut memberikan respons.

Tak kurang netizen yang memberikan emoji ketawa. Ditanya netizen tentang drama atau filem apa yang dilakonkan mereka itu, balas Dynas, lakonan itu untuk sebuah drama. Huh… macam seram kelakar lak nengoknya.

Tambah lucu apabila melihat jubah dikenakannya itu, ada netizen yang mempersoalkan bagaimana ‘Madam Wong’ boleh sambung pengajian di UiTM. Ada-ada sahaja mereka berdua ni ya…

Bagi peminat dan pengikut yang mengikuti perkembangan mereka berdua di medsos pasti perasan acap kali juga Azhan dan Dynas digandingkan dalam lakonan. Tak hairanlah hubungan mereka rapat kerana sudah lama bersahabat.

Untuk info, Azhan masih membujang. Dia bagaimanapun pernah berkongsi tidak tertekan jika ditanya tentang soal berumahtangga. Selepas bapanya men1nggal, Azhan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibunya.

Dynas, ibu dua anak ini pula memulakan kerjaya lakonan dari 2003 ke atas menerusi watak sebagai Fatin dalam filem Cinta Kolestrol arahan Prof. A. Razak Mohaideen. Moga persahabatan kedua-duanya baik-baik saja…

Sumber : IG Azhan Rani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!