“Tingginya payung, MasyaAllah anak teruna dah boleh jd imam mama dah” – Netizen

Cepat sungguh masa berlaku. Sedar tak sedar anak pun dah besar panjang lebih tinggi dari maknya. Berkongsi foto di Instagram bersama anak sulung tersayang, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 13, ramai juga yang terkesima melihat fizikal anak itu kini dah lebih dari ibunya, pelakon anggun bergaya, Nora Danish. Berkongsi momen dirinya yang bertelekung bersama Rayqal yang berjubah, dipercayai seperti di hadapan sebuah masjid, tak kurang yang memberikan respons akan kelibat dua beranak itu, yang pastinya mahu mengabadikan foto mood Ramadan.

Sekali imbas, mahu tak terkejut, rasa bagai semalam Nora bersama anak-anak kecilnya, hari ni dah tinggi betul nampaknya Putra Rayqal biarpun baharu mencecah usia alam remaja. Tapi kebanyakan anak-anak sekarang pun kita lihat banyak yang sihat-sihat dan tubuh pun semangat kan….

Sudah tentu dek faktor persekitaran, pemakanan dan sejarah keluarga yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan kesihatan penduduk termasuklah anak-anak kita di negara ini pada masa sekarang. Alhamdulillah syukur mereka sihat di depan mata.

“Dah macam kakak dgn adik dah. Selamat berpuasa Nora”, “wow he is taller than you now”, “So sweet mommy Nora ni”, “Bujang dah anak Puteri Farah binti Nordin. Tua dah gue”, itu antara komen netizen.

Pastinya Nora pun merindui Rayqal apatah lagi jika dilihat perkongsiannya hujung tahun lalu, anak terunanya itu sudah dihantar ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh. Sekali sekala dapat berjumpa sudah tentu mahu melepaskan rindu.

Sebelum ini, Nora pernah berkongsi akan dirinya yang meluahkan akan sangat merindui Rayqal dan tidak tahu bagaimana mahu melalui ‘perpisahan’ dengan anaknya itu yang masuk ke sebuah asrama walaupun menyifatkan tak jauh dari rumahnya.

Begitupun, Nora sendiri akur tetapi dirinya harus menjadi kuat untuk anak dan mengingatkan Rayqal agar menghubungi dirinya jika ada masa. Begitulah mak-mak kan.. anak dah ada depan mata pasti tak lepaskan peluang merakam kenangan bersama.

Untuk info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata Nora daripada perkahwinan pertamanya dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Mereka berpisahi pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Nora kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan anak orang kuat p0litik di negara ini, Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim.

Sebelum ini, Nedim juga pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada tahun 2011 dan mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin, namun berpisah pada 2013.

Sumber: IG Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!