“Alhamdulillah, Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti” – Anzalna Nasir

Pelakon jelita Anzalna Nasir rasanya sudah agak lama menyepi dari dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan terhadap keluarga dan anaknya Mohamad Eidress. Pelakon jelita ini telahpun mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki sekitar tahun 2016. Pasangan sama cantik sama padan ini menerima zuriat pertama mereka pada bulan Mei 2016 setelah hampir tiga tahun berkahwin.

Anak Anzalna iaitu Mohamad Eidress di lahirkan pada tanggal 31 Mei 2019. Kelahiran cucu lelaki itu sangat di nantikan oleh keluarga Anzalna kerana bapanya ingin merasa menimang anak lelaki memandangkan adik-beradik Anzalna kesemuanya adalah perempuan.

Di awal pembabitan Anzalna dalam dunia hiburan, Anzalna merupakan salah seorang finalis di dalam pertandingan Dewi Remaja.

Beliau seangkatan dengan beberapa lagi nama besar dalam dunia hiburan iaitu Ramona Zamzam, Syatilla Melvin, Izara Aishah dan juga usahawan dan pengacara terkenal Neelofa yang juga merupakan juara Dewi Remaja pada tahun tersebut.

Sejak bulan September tahun lalu, Anzalna telahpun membuat keputusan untuk mengenakan hijab. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah dan memperbaiki penampilan diri sebagai hadiah paling istimewa pada hari lahir suaminya.

Perkongsian video yang dimuatnaik oleh Anzalna yang memaparkan kenangan indah beliau mengenakan tudung itu telah menerima respon yang sangat positiif daripada para pengikut akaun Instagram beliau.

Pada permulaan video berkenaan suaminya itu memakai penutup mata sehinggalah Anzalna muncul dengan berpakaian sopan dan memakai hijab di hadapan suaminya.

Suami Anzalna iaitu Hanif Zaki terkejut melihat penampilan sopan isterinya itu dan kemudiannya memeluk isterinya itu dengan penuh rasa kesyukuran.

Perkahwinan merupakan satu ibadah dan pasangan suami isteri juga saling melengkapi untuk membimbing antara satu sama lain mendekatkan diri dengan islam.

Menjadi impian para suami untuk mendapat seorang isteri yang solehah. Malahan ramai yang sebak terhadap hadiah istimewa Anzalna buat suaminya itu yang ingin menjadi seorang isteri yang solehah.

Netizen dan peminat terutamanya turut mendoakan semoga Anzalna istiqamah dalam memperbaiki penampilan beliau itu.

Semoga keputusan Anzalna untuk berhijab ini bakal menjadi satu perjalanan baru buat pasangan ini dalam kehidupan rumahtangga mereka.

Terkini, menjengah ke Instagram peribadi pelakon jelita tersebut, Anzalna telah mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Berita gembira yang di kongsikan oleh pelakon jelita itu di Instagram pada hari pertama bulan Ramadhan amat mengejutkan para peminat beliau.

Malahan kongsi Anzalna lagi, kandungan beliau kini sudahpun mencecah 8 bulan dan dijangka akan bersalin pada hari raya nanti.

Menerusi perkongsian itu juga, Anzalna juga turut meminta doa daripada para pengikut akaun Instagram beliau agar urusan beliau di permudahkan dan proses kelahiran juga bakal berjalan dengan lancar.

Menjengah keruangan komen, ada di kalangan netizen yang berkata mereka sebenarnya dari awal sudah dapat menghidu mengenai kehamilan Anzalna walaupun pelakon jelita itu merahsiakan kehamilan beliau.

Menurut netizen, ketika Anzalna di lantik menjadi duta terbaru di hari pelancaran koleksi Tudung terbaru 4rwah Siti Sarah iaitu Loveta, penampilan Anzalna kelihatan berseri. Malahan ketika itu juga netizen berkata baby bump sudahpun kelihatan.

Pengumuman kehamilan oleh Anzalna itu di sambut dengan penuh kesyukuran oleh para peminat beliau. Ruangan komen pelakon jelita itu juga di banjiri ucapan tahniah daripada rakan- rakan artis dan juga mendoakan agar urusan kelahiran pelakon berkenaan di permudahkan.

Berikut pula dikongsikan komen- komen yang ditulis oleh rakan- rakan selebriti serta para netizen di ruangan komen perkongsian di instagram mengenai berita kehamilan Anzalna berkenaan.

“Patot laa… Mse hari pelancaran tudung siti sarah lagi daa perasan perot anzalnaa… Msty pregnant… Congrat anzalna…” – Netizen

“T ahniah buat anzalna Dan keluarga. Semoga ibu sihat Dan dipermudahkan urusan bersalin nanti. “ – Netizen

“Tahniah buat anzalna & keluarga. Semoga ibu sihat & dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Aamiin” – Netizen

“Alhamdulillah… Congratulations Anzalna & Hanif…. semoga terus sihat dipermudahkan segala urusan dilindungi dan dirahmati Allah SWT… Aamiin” – Netizen

“Cantiknya Tahniah sekali lagi Anzalna, semoga segala urusan melahirkan anak dipermudahkan, salam sayang dari keluarga HABIB anda” – Netizen

“MasyaAllah.. Alhamdulillah tabarakallah sayangku adikku.. tahniah.. happy laa Eidress..” – Anita Baharom

Alhamdulillah. Jika mengikut tarikh jangkaan Anzalna bersalin iaitu pada hari raya nanti, tak dapat lah Anzalna menikmati juadah hari raya kerana perlu berpantang ketika itu.

Sementara itu pula, anak sulung Anzalna iaitu Eidrees sudahpun menginjak usia 3 tahun ketika awal bulan Mei nanti.

Kebetulan pula anak sulung Anzalna dan adiknya itu bakal berkongsi bulan kelahiran yang sama. Nanti pasti meriah sambutan hari lahir kedua- dua adik beradik tersebut kerana dapat meraikan hari lahir dalam bulan yang sama.

Sumber : ig anzalna nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!