“Tgh nak jadi Razia Bhai ke nok” – Nad Zainal

Sejajar kemakmuran negara, nampaknya memang ramai rakyat dari negara luar ke Malaysia, tak kiralah sama ada mahu bekerja, menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi, berhijrah, melancong dan sebagainya. Dengan pelbagai kemasukan warga asing ini seperti dari Eropah, Timur Tengah dan Asian, antara kelompok popular datang ke sini ialah warga P4kistan dan B4ngladesh. Bagi ramai peminat filem Hindustan misalnya pasti teruja.

Mana tidaknya, antara yang datang ke sini ini, ramai dalam kalangan rupa parasnya ala hero Hindustan itu. Justeru tidak hairanlah jika ada wanita kita yang mendirikan rumah tangga atau terpikat dengan warga berkenaan.

Kegilaan peminat di negara ini terhadap mereka yang berwajah ala hero Hindustan itu hinggakan ada penerbit tempatan menghidupkan watak orang berkenaan dalam drama-drama dan telefilem di kaca televisyen.

Antara pelakon terpilih untuk melakonkan watak itu ialah aktor bernama Remy Ishak ini. Antara watak yang pernah membawa Remy keluar zon selesa adalah menerusi telefilem Sabar lelaki yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki.

Selain menjadi orang miskin, Remy dalam telefilem itu memegang peranan sebagai tukang jahit dari Bangladesh. Gamaknya dengan watak sesuai dengan rupanya malah menyentuh hati, sampai sekarang netizen masih teringat-ingat.

Hinggakan pernah menjadi bahan dilaporkan di portal hiburan tempatan, ada yang terserempak dengan Remy di sebuah lokasi untuk menunaikan solat, tapi dia disangkakan seorang lelaki Bangladesh.

Apa pun memang terbaik lakonan Remy yang cuba keluar dari kepompong kebiasaan hinggakan wataknya itu terus melekat hingga sekarang. Berkongsi aksinya cuba membawakan watak seumpamanya, ramai teruja.

Dek perkongsian Remy di hantaran IG nya ini, barangkali ramai yang terimbas kembali lakonannya itu. Bukan sahaja netizen, bahkan rakan artis pun ada membahan dan memberikan respons dalam ruangan komen hantarannya itu.

Memang sporting habis hero idaman Malaya ni. Barangkali ada dalam kalangan kita malah dalam kalangan industri seni memandang rendah terhadap warga asing yang gemar makan bawang merah ini, tapi dek Remy… eh ramai termimpi-mimpi pula.

Apa pun jodoh pertemuan di tanganNya. Moga tapis yang baik-baik saja lakonan suami kepada Ezza Yusof ini. Cuma mungkin ramai berharap kepada yang bertanggungjawab agar tidak membiarkan kaduk naik junjung oleh orang luar sudahlah…

Sumber : IG Remy Ishak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!