“Dahh, dia panggil orang rumah dia pulak join” – Netizen

Tanggal 21 Ogos tahun lalu, pelakon Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusuf telahpun di satukan di M4sjid Negara dengan hanya sekali lafaz. Majlis serba sederhana itu hanya di hadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat. Mereka berdua yang lengkap berpakaian pengantin serba putih kelihatan gembira setelah selesai acara akad nikah dan masing- masing mengemaskini media sosial untuk berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat, sahabat dan keluarga.

Walaubagaimanapun, sejak pengumuman perkahwinan oleh Remy Ishak beberapa peminat wanita telah meluahkan rasa kecewa mereka menerusi media sosial kerana hero pujaan mereka itu telahpun berumahtangga.

Sejak mendirikan rumahtangga, kehidupan Remy dan Ezza juga sering mendapat perhatian media dan para peminat. Sudah lumrah bernikah dengan pelakon popular, Ezza juga kini turut mendapat tempias popular apabila sering menerima perhatian daripada para peminat Remy sendiri.

Ezza yang merupakan seorang usahawan aktif di media sosial utk mempromosikan perniagaan kasut miliknya. sebelum ini ketika sesi siaran langsung Ezza sedang mempromosikan kasut keluaran jenamanya, Remy ada ketikanya akan muncul dan atas permintaan isterinya Remy turut membantu Ezza mempromosikan kasut berkenaan.

Namun begitu, Remy turut mengambil kesempatan untuk menyakat isterinya itu. Beliau bergurau dengan memakai kasut yang di promosikan Ezza malahan sempat memberikan komen tajam terhadap kasut jenama isterinya itu dengan nada berseloroh sehingga menyebabkan isterinya itu hampir merajuk.

Sisi nakal Remy Ishak itu dapat di saksikan oleh para peminat ketika muncul semasa siaran langsung di Instagram Ezza telah mencuit hati para peminat mereka.

Para peminat juga tidak menyangka sikap sebenar Remy yang kuat menyakat isterinya malahan peminat juga berasa teruja melihat pasangan suami isteri itu dan meminta pasangan itu untuk berkongsi lebih banyak lagi sesi video yang memaparkan gelagat mereka berdua.

Menerusi perkongsian terbaru pelakon berkenaan di Instagram, Remy berkongsi pula satu babak lakonan antara beliau dan isterinya Ezza. Sudah namanya pelakon, lakonan babak ringkas tersebut di lihat sangat mudah di bawakan oleh Remy.

Ezza juga berjaya melakukan gerakan bibir yang tepat dengan dialog di dalam video tersebut. Bagaimanapun apa yang lebih menarik perhatian ialah Remy membuat gimik dengan mengenakan selendang milik isterinya sambil memakai kaca mata di hujung video membuatkan para peminat beliau begitu terhibur.

Aksi yang mencuit hati di lakonkan Remy itu menyerlahkan lagi keperibadian pelakon berkenaan yang mungkin sebelum ini para peminat tidak tahu. Tidak hairanlah Remy sebelum ini pernah bergandingan dengan Shuib untuk melakonkan watak komedi di dalam drama Mail Sudin sambut Ramadhan.

Menjengah ke ruangan Instagram pelakon berkenaan, sebelum itu juga terdapat satu video komedi yang mencuit hati telahpun di rakamkan oleh Remy untuk berkongsi bersama para peminat beliau.

Kelainan yang di lakukan oleh Remy tersebut membuatkan para pengikut beliau agak tertanya- tanya namun begitu terhibur dengan perkongsian melucukan oleh pelakon kesayangan mereka itu.

Berikut dikongsikan juga beberapa komen yang telah pun ditinggalkan oleh para peminat Remy Ishak di ruangan Instagram pelakon tersohor berkenaan.

Tak sangka Remy mempunyai bakat terpendam untuk menghiburkan para peminat beliau dengan melakonkan watak komedi.

Apatah lagi pula kali ini beliau turut mengajak isterinya bersama membuat video parodi sebagai tatapan para peminat. Sejak dah berumahtangga ni bahagia betul nampak kehidupan Remy sekarang.

Kemanisan pasangan suami isteri ini dalam mengharungi kehidupan berumahtangga sangat di nantikan oleh para peminat mereka berdua terutamanya para peminat Remy Ishak sendiri. Gembira melihat kemesraan pasangan ini di Instagram kerana mereka berdua amat jarang berkongsikan gambar berdua mahupun video mereka bersama.

Semoga pasangn ini bahagia dan rumahtangga mereka berdua berkekalan hingga akhir hayat. Semoga Remy juga mampu menggalas tanggungjawab menjadi suami mithali yang sentiasa kita tengok dalam drama tu. InsyaAllah.

Sumber : Instagram remy ishak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!