“Terima kasih mengajar daddy tentang sedekah”- Shuib

Sejak pemergiaan allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, satu demi satu kebaikannya telah diperkatakan ramai orang. Siapa sangka, Siti Sarah mempunyai keperibadian yang mulia dengan sering bersedekah dan berbuat baik dengan semua orang di sekelilingnya. Banyak kebaikan yang dilakukan Sarah ketika hayatnya yang tiada orang ketahui sebelum ini. Sememangnya arw4h Siti Sarah adalah insan yang berhati mulia.

Meskipun Sarah sudah pergi meninggaalkan dunia ini, ia masih memberi kesan buat keluarga terutama suami dan anak-anak serta teman rapatnya. Dan sudah pasti ramai merindui gelak tawa dan lawak jenaka Sarah.

Suami Sarah iaitu Shuib menggamit memori lamanya bersama isteri tercinta apabila Shuib berkongsi sebuah posting video di Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi kapsyen ditulis Shuib, beliau teringat memori lamanya bersama Sarah. Shuib menceritakan kisah dirinya pernah datang melawat ke Baitul Sakinah As-Shariff buat pertama kalinya bersama Sarah kerana Sarah berniat ingin memberi sumbangan bagi menyiapkan musola dan dewan serbaguna di kawasan tersebut.

Dan kini, Shuib hadir di Baitul Sakinah As Shariff buat kali kedua bersama anak-anak dan keluarga bagi perasmian musola dan dewan serbaguna hasil sumbangan arw4h isterinya.

Shuib juga mendedahkn sendiri, Sarah sudah berniat untuk menyumbang buat musolla dan dewan serbaguna tersebut untuk kegunaan anak-anak yatim serta penduduk di kawasan berhampiran.

Namun, Sarah dijemput ilahi terlebih dahulu sebelum musolla dan dewan serbaguna itu sudah siap sepenuhnya.

Dalam pada itu, rezeki buat arw4h Sarah apabila musolla dan dewan serbaguna itu dinamakan dengan gabungan nama Sarah serta dua lagi nama individu.

Posting video yang dikongsi Shuib tersebut telah menerima tontonan sehingga 700,000 tontonan dan 1300 komen daripada netizen.

Rata-rata memberi pelbagai reaksi menerusi runagan komen dan turut menzahirkan doa buat allahyarham Sarah.

Semoga roh Siti Sarah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Alhamdulillah besarnya kebaikan yang Sarah pernah lakukan ketika hayatnya. Semoga jadi contoh buat kita semua.

Sumber: Instagram shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!