“MasyaAllah” – Shuib

Dua orang artis terkenal tanah air mula mendapat sorotan ramai apabila nama mereka berdua mula terkait rapat antara satu sama lain baru-baru ini. Menemukan seseorang yang dapat menggantikan tempat pasangan sebelumnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Individu yang kini sama-sama menjalani hidup hanya bertemankan anak-anak dan keluarga terdekat, ternyata telah mendapat dokongan positif dari orang sekeliling termasuk para peminat dan netizen sendiri.

Penyanyi cantik Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali sebagai Nana ini telah berkongsi dan memuatnaik gambar sepanjang perjalanannya yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah.

Terkenal dengan bakat besarnya dalam bidang nyanyian juga sikapnya yang sentiasa merendah diri dan lembut, maka tak salahlah jika Nana sering mendapat pujian para peminat yang suka dengan caranya itu.

Komen yang diberikan oleh pelawak dan pelakon Shuib di salah satu gambar yang dikongsikan oleh Nana baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai. Para netizen mula menghidu sesuatu atas komen yang telah diberikan oleh Shuib itu.

Foto yang dimuatnaik oleh Nana di Instagramnya itu telah dipuji oleh Shuib dek kerana terpegun dengan kecantikan Nana yang lengkap berjubah dan berpurdah merah jambu. Tidak mendapat sebarang bantahan, para peminat dan netizen malah lebih menyokong dan mendoakan agar mereka berdua dapat bersama dan berjodoh.

Kehilangan isteri tersayang pada tahun lalu merupakan satu tamparan besar dalam hidup Shuib. Dia kini terpaksa membesarkan keempat-empat anaknya itu terutama anak bongsunya bernama Ayash Affan yang masih belum genap umur setahun.

Menghadapi situasi yang lebih kurang sama seperti Shuib, selepas bercer4i pada tahun 2009 yang lalu Nana selepas itu tidak pernah lagi mendirikan rumahtangga sekali lagi malah hanya fokus membesarkan anak lelaki tunggalnya yang bernama Rayyan.

Pernah dikait rapatkan bersama penyanyi Khai Bahar, namun Nana tidak pernah menghiraukan spekulasi-spekulasi yang diberikan kepadanya.

Awal perjalanan sebelum pergi menjalani umrah juga telah didoakan oleh Shuib sendiri selepas dia meningg4lkan komen di Instagram Nana. Komen Shuib tersebut telah mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk Nana apabila berada di sana.

Para peminat dari Nana dan Shuib sendiri sangat teruja membaca komen yang diberikan oleh Shuib itu. Rata-rata mereka mendoakan yang baik-baik buat Nana serta Shuib.

Ada juga netizen yang mengatakan bahawa Nana persis seperti 4rwah Siti Sarah yang berseri-seri bila berpakaian sebegitu.

Memang manis dan cantik sangat lihat Nana berpakaian serba sopan dengan memakai jubah dan purdah semasa di Mekah. Semoga perjalanan pulang Nana ke tanah air juga dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur di sana.

Sumber: Instagram Siti Nordiana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!