“Terima kasih maduku bagi hadiah set gelang berlian”- Zarina Zainuddin

Isu poligaami sentiasa menjadi topik pilihan ramai masyarakat di negara kita. Terutamanya golongan lelaki yang perlu memahami secara menyeluruh tentang berpoligami bagi mengelakkan sebarang perbalahan dan untuk lebih memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Ada sebahagian suami yang telah berpoligami, hubungan antara isteri pertama dan isteri kedua dalam keadaan baik seperti contoh selebriti Zarina Zainuddin bersama madunya, Datin Sri Noorhasimah.

Hubungan baik Zarina bersama Datin Sri Noorhasimah boleh dicontohi walaupun mereka berkongsi kasih suami yang sama.

Bukan itu sahaja, keperibadiaan Zarina yang sememangnya seorang yang berjiwa kental dan baik hati menjadikan wanita ini disayangi ramai insan di sekelilingnya.

Siapa sangka walaupun Zarina bergelar isteri kedua, namun layanan baik Datin Sri Noorhasimah terhadap Zarina cukup baik.

Buktinya, Zarina menerima pemberiaan hadiah seutas gelang tangan bertatahkan berlian daripada Datin Sri Noorhasimah. Wah bukan biasa-biasa ya, gelang mahal tu..

Menerusi posting di Instagram, Zarina berkongsi video gelang tangan berlian yang diberi oleh Datin Sri Noorhasimah pada dua tahun lepas sempena ulangtahun kelahirannya.

Bagi Zarina, beliau seorang yang kurang gemar dengan barang kemas namun cukup menghargai pemberian gelang berlian yang sememangnya bermakna buat dirinya.

Sementara itu, rata-rata netizen cukup kagum dengan hubungan baik Zarina bersama madunya walaupun mereka berkongsi kasih suami.

“Sebab akak menghormati isteri pertama & menjaga maaruah suami sebaiknya, akak pun tak pamerkan kemewahan sedangkan akak mampu,rezeki akak contoh poligami yang baik”-Netizen

Inilah contoh poligami yang baik.Bestnya tengok hubungan baik Zarina dengan madunya. Memang macam kakak dan adik.

Sumber: Instagram zarinazainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!