“Baiknya baby tak meragam”- Netizen

Buat ibu-ibu di luar sana, pernahkah anda mengalami situasi anak-anak meragam ketika keluar berjalan? Mesti pernah alami situasi macam tu kan.. Ada juga sebahagian anak-anak yang tidak meragam dan mudah diuruskan ketika ibu bapa bawa keluar bersiar-siar. Terus mudah kerja si ibu bila anak yang jenis pendiam dan jenis yang dengar kata ni kan hehe..

Tidak terkecuali, cahaya mata kepada selebriti Ain Edruce dan pasangannya Amirul Hafiz iaitu Soraya mudah dibawa ke mana saja kerana sikapnya yang pendiam dan tidak meragam.

Untungnya Ain dan Amirul,satu-satunya cahaya mata perempuan pasangan ini duduk diam je sepanjang perjalanan mereka sekeluarga bercuti ke luar negara.

Baru-baru ini, Ain sekeluarga bercuti di Grindelwald yang sedang mengalami musim sejuk dan musim salji. Alangkah bagusnya Soraya tatkala melihat si kecil itu sentiasa ‘behave’ dan langsung tidak menangis ketika melakukan aktiviti outdoor bersama ibu bapanya.

Jarang sekali kita lihat anak kecil yang sukar meragam seperti Soraya. Mesti lebih mudah untuk Ain dan suami bawa anaknya bercuti selepas ini.

Ain bersama suami dan anaknya sentiasa mencuri tumpuan netizen.Lebih-lebih lagi apabila netizen mula menyedari sikap Soraya yang mudah dibawa ke mana-mana saja dan tidak menaangis ketika videonya dikongsi oleh Ain sendiri di Instagram.

Malah baru-baru ini, Ain berkongsi sebuah video dirinya bersama suami dan anaknya bermain kereta luncur di kawasan pergunungan yang bersalji.

Soraya pun steady je bermain kereta luncur dengan bapanya. Cool betul Soraya ye..

“Behave betul soraya ni senang tak meraagam langsung, soraya dengan shades dia cool giler, pelolesnya muka ain”- Netizen

Bestnya tengok Ain and family pergi bercuti dekat kawasan salji, nampaknya Soraya dah boleh pergi bercuti ke mana-mana je lepas ni. Tak meragam pangsung, bagusnya Soraya.

Sumber: Instagram Ain edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!