“Terima kasih adik Siti krn mengundang saya jauh dari Bangl4desh” – Dato Awie

Siapa yang tak kenal insan senior dalam industri seni nyanyian dan lakonan tanah air nan seorang ni. Selain bakat nyanyiannya yang tak boleh disangkal lagi, mutu lakonannya juga sangat dikagumi. Bukan setakat berlakon genre biasa sesuai dengan karakter rock nya, Dato’ Awie juga tak kurang hebat apabila berlakon cerita jenaka. Pendek kata, memang anak seninya serba serbi boleh belaka.

Tak hairanlah dengan sesiapa saja beliau boleh ‘masuk’. Baru-baru ini diundang bersama penyanyi No 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dalam persembahan eksklusif, Music Of The Soul, Awie turut menarik perhatian.

Hinggakan ramai pula yang memuji bakat semulajadi ada padanya. Ya… tak dinafikan kemunculan Awie memang sentiasa mendapat sambutan segenap peringkat usia. Maklumlah orang lejen…

Ruangan komen netizen pada hantarannya ini antara buktinya. Begitupun perkongsian Awie dengan video dan kapsyen di hantarannya ini benar mencuit hati. Dalam berterima kasih pada TokTi sempat berjenaka.

Coret Awie yang membahasakan TokTi sebagai adik, beliau berterima kasih kepadanya dan Yayasan Nurjiwa yang terkait dengan TokTi kerana mengundangnya dari ‘jauh’ untuk membuat persembahan.

Entah apa motifnya yang pasti terang-terang hendak bergurau, dalam bunyi loghat orang di sana yang hendak berbahasa Melayu, katanya beliau dijemput dari Bangl4desh yang jauh dan mengakui dirinya penyanyi nombor satu di situ.

Sempat lagi Awie mengusik dengan mengatakan di Malaysia ada orang lain yang ‘nombor satu’, tapi nama tak boleh sebut, tulisnya. Awie mengucapkan terima kasih yang ditujukan kepada TokTi.

Siapa agaknya yang dimaksudkan Awie tu ya…? Tak kurang netizen yang ‘menangkap’ maksud Awie yang mungkin memerli penyanyi nombor satu di Malaysia yang dimaksudkan ialah Datuk Alif Syukri.

Yalah… Alif pun baru-baru ini tanpa teragak-agak mengakui yang dirinya penyanyi no 1 di negara ini. Adeh la… sempat lagi Awie membahan di situ ya… Pastinya mereka semua sekadar memeriahkan industri…

Gamaknya sengaja mencoret loghat abam bangla dalam kapsyennya dek wajahnya berjambang senonim dengan kavm itu, apa pun, dalam video Awie ini ramai juga memuji sedap nyanyiannya yang menyanyikan lagu irama Malaysia.

Sumber : IG Dato’ Awie

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!