“Terbentuk dari sikap baba dan ibu dia laa jenis tak kedek0t”- Netizen

Tidak dinafikan, bahawa sikap-sikap anak diwarisi oleh orang tuanya. Sebab itulah kita digalakkan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jati diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Kalau bukan ibu bapa, siapa lagi yang nak didik mereka kan. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya.

Hal ini berikutan kerana kelak nanti anak-anak sudah meningkat dewasa, akan susah lah pula jadinya kerana risau akan terikut akan perkara negatif dari rakan sebaya. Sebab itulah ibu bapa digalakkan mendidik anak sejak dari kecil lagi.

Tetapi, iman juga tak dapat diwarisi, biarpun ibu bapa mereka seorang yang soleh dan solehah, kerana iainya mucul dari diri anak itu sendiri. Tapi tidak salah untuk mendidik ilmu-ilmu agama serta nilai-nilai murni dalam diri anak.

Sebagai contoh, melalui video yang dimuat naik oleh Ajak Shiro yang memuat naik video anak kedua nya yang bernama Had membeli jualan dari seorang kanak-kanak di luar premis. Bayangkan kanak-kanak seusia itu sudah ada rasa simpati kepada orang awam.

Rasa terharu melihat video tersebut, bak kata orang buat baik jangan menunjuk-nunjuk tetapi dalam sememangnya amalan anak kecil sebegini mampu memberikan nilai moral kepada kita. Kita yang dewasa juga boleh mendapat pengajaran darinya.

https://www.instagram.com/p/CfjXzy4DPIZ/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Anak sulung Ajak iaitu Jad Thaqif juga baru-baru ini viral kerana membeli telefon idamannya sendiri kerana dengan menggunakan wang hasil tabungan nya tanpa bantuan babanya. Amalan itu juga mampu memberikan kita pengajaran supaya mengamalkan amalan menabung sejak kecil lagi

Antara komen netizen ialah “Terbaik didikan ibu ayah..Moga asbab ke syurga”, “Tabik spring juga kepada ibu bapa yang memberi didikan kepada anaknya”, “Bagusnya, kecik lagi dah sampai bersedekah..didikan dari ibu bapa”.

Kebiasaanya kita sering melihat orang-orang menjual dan di luar premis, kadang-kadang anak kecil sudah pun memberanikan diri menolong ibu bapa mereka menjual makanan-makanan kecil demi meneruskan kelangsungan hidup.

Apa salahnya kita turut membantu mereka, jika tidak mampu dan tidak mahu membeli barangan mereka, jangan sesekali mengherdik malah menyantuni mereka, kerana kita semua adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Sumber : Ajakshiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!