“Tengok muka Hairul nampak sgt bangga dekat Yusuf, good job Yusuf”- Netizen

Setiap ibu bapa, pasti ada moment indah yang mereka bangga terhadap anak mereka. Tidak kisahlah dari sudut mana pun, pasti akan ada detik sebegitu hadir. Biarpun iainya hanya nampak biasa bagi orang lain, tapi bagi mereka iainya amat luar biasa. Kerana anak mereka adalah hasil dari didikan dan dibesarkan oleh mereka.

Ada anak yang cemerlang dalam bidang pendidikan, lalu ibu bapa nya akan bangga. Ada juga yang hebat dalam sukan dan banyak lagi. Biar pun ada yang anaknya lakukan tidak mendapat sijil pengiktirafan sekalipun, contohnya pandai memasak, pun akan membuat kan orang tua mereka bangga.

Sedia maklum bahawa Hairul Azreen dan keluarga nya sedang melancong ke New Zealand. Di sana terdapat banyak aktiviti menarik, yang lasak ada yang biasa pun ada. Sudah semestinya yang lasak dikhususkan kepada golongan dewasa, keranak anak kecil tidak digalakkan mencuba demi keselamatan diri.

Pun begitu, anak lelaki kepada Hairul iaitu Yusuf sangat menggemari mencuba perkara baru, lebih-lebih lagi yang tiada di Malaysia contohnya skiing dan snowboarding. Bukan selalu dapat cuba aktiviti tersebut kan, dah ada peluang kita cuba jelah.

Walaupun Yusuf masih kecil,tapi rasa minat dan ingin tahu nya agak mendalam. Kelmarin ada dimuat naik video nya yang berjaya bermain snowboarding. Walaupun banyak kali gagal pada awalnya, tapi akhirnya beliau berjaya juga.

Hairul dan Hanis juga ada mencuba Bunggee Jumping di sana. Aktiviti ini sangat mencabar dan menakutkan, mana taknya, kena terj0n dari tempat yang tinggi dan dibawahnya pula adalah sungai. Wuish, fikir banyak kali tau kalau nak try aktiviti ni. Kalau mereka yang takutkan tinggi dan gayat belum tentu sanggup try aktiviti ni.

Yusuf juga kononnya mahu mencuba aktiviti lasak sebegitu, tetapi, dek kerana usianya yang masih lagi kecil, beliau tidak mencukupi syarat yang ditetapkan. Oleh itu, Hairul segera mencari aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak kesayangan nya itu. Sayang betul ayah kepada anaknya ini.

Terus mereka mencari aktiviti yang sesuai untuk anaknya itu, akhirnya terjumpa aktiviti Indoor Skydiving. Aktiviti ini pun best juga, boleh terbang gitu. Yusuf yang dengan berani nya mencuba aktiviti tersebut dari awal hingga lah berjaya. Seronok Yusuf boleh terbang-terbang.

Di video itu juga, jelas kelihatan eskpresi muka Hairul yang sangat bangga dengan pencapaian anak nya itu. Kalau korang tengok video tersebut, pasti jelas kelihatan ekspresi yang sangat kagum dengan Yusuf. Ibu bapa mana je tak bangga dengan anak mereka kan. Yelah, Yusuf seusia itu mampu menyahut cabaran dengan begitu berani sekali.

Sumber : Ig Haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!