“Tak fahamlah, cuba kahwin” – Daiyan Trisya

Acap kali pula mereka ini dilihat merakam momen bersama sejak beberapa bulan lalu. Dah nama pun netizen, ramai yang melahirkan rasa suka melihat mereka berganding bersama bukan sahaja dalam bidang seni, bahkan kalau dapat hingga ke jinjang pelamin. Ke hadapan sungguh pemikiran netizen kita ya…. Yang pasti akhir-akhir ini pelawak dan pengacara, Zizan Razak dan penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha menjadi perhatian dek nampak bayang keserasian mereka bersama. Ramai yang mendoakan pula tu…

Jika dilihat hantaran Zizan berkenaan seseorang yang dikatakannya sebelum ini asyik mengelak, tapi sekarang sudi jadi isteri di IG nya siap ada tag Daiyan lagi. Menariknya, Daiyan turut membalas di ruangan komen: “Tak fahamlah, cuba kahwin”, sebelum dijawab Zizan, “Okay share location. Otw”…

Tak kurang yang beranggapan selain Zizan, Daiyan sendiri nampaknya seakan memberikan hint tentang mereka melalui komen itu. Atau sama ada memberikan hint kepada Zizan sendiri agar cepat masuk meminang barangkali, wallahualam… Apa pun ramai merasakan ada sesuatu antara keduanya.

Menariknya, selain rakan artis tak kurang netizen yang turut tumpang gembira jika benar mereka hendak berpasangan dalam hidup. Apatah lagi jika dilihat secara luaran, mereka tampak sama cantik dan sama padan. Kira jadilah, ramai yang kata.

Dalam pada itu netizen merasakan Daiyan sudah memberikan jalan, justeru Zizan disaran segera ‘bertindak’. Ada pula yang kata, mereka hanya bermain dengan gimik bila menunjukkn seakan ada apa-apa bagi menjayakan sesebuah drama atau filem gandingan bersama.

Apa pun belum ada kenyataan rasmi daripada Zizan atau Daiyan, kita tunggu sahaj4lah lah. Dalam masa sama, doakanlah yang baik-baik buat mereka. Besar juga pahala jika mereka akhirnya berjaya membina ‘masjid’ bersama. Gitteww…

Daiyan Trisha dilahirkan pada 22 Disember 1993 di Bangi, Selangor, merupakan anak kedua daripada lima beradik, anak kepada pasangan Samsiah Mohd Nor, seorang penulis novel terkenal dan Mohd Nasaruddin Mohamed.

Dia mula mendapat perhatian meluas menerusi telefilem pertama lakonannya yg bertajuk Dee. Sejak itu, Daiyan telah muncul dalam pelbagai genre lakonannya dalam televisyen dan filem termasuk Sejuta Rasa Buat Adelia (2018) dan Busker (2018). Bagi kerjayanya dalam bidang muzik, Daiyan telah merakamkan sejumlah lagu yang telah menjadi kejayaan komersial termasuk “Cinta Suka Sayang Kamu”, “Kita Manusia” dan “If I”.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, lahir pada 15 April 1984 pula ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan. Zizan merupakan naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya dia dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak.

Masih bujang, dia sebelum ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon Juliana Evans, Mira Filzah dan Emma Maembong sekitar 2011.

Media Hiburan melaporkan melalui sebuah portal hiburan, ibu kepada Zizan telah mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dengan Emma telah terjalin dan mengakui sebelum ini Emma pernah berkunjung ke rumahnya. Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.

Sumber : IG Zizan Razak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!