“Tengok betis tu boleh kawan dgn anak Lofa tu” – Netizen

Setiap pasangan yang telah berkahwin pastinya ingin mempunyai zuriat mereka sendiri. Namun begitu takdir setiap orang berbeza. Ada sesetengah pasangan yang kurang bernasib baik dan masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri. Begitulah yang boleh di gambarkan mengenai perjalanan pasangan Mizz Nina dan Noh Hujan dalam berusaha untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri.

Setelah bertahun- tahun pasangan ini mencuba untuk mendapatkan anak dengan pelbagai cara termasuklah menerusi proses IUI dan IVF, baru- baru ini, Mizz Nina membuat pengumuman menerusi Instagram bahawa beliau dan Noh kini telah menjadi ibu dan bapa kepada seorang bayi lelaki yang bernama Musa.

Akhirnya setelah hampir 11 tahun pasangan ini mendirikan rumahtangga, Mizz Nina terbuka hati untuk mengambil Musa sebagai anak angkat beliau. Proses untuk beliau bersetuju dengan keputusan mengambil anak angkat itu tidak mudah namun Noh berjaya meyakinkan dirinya.

Menurut Mizz Nina lagi, beliau mengambil masa lebih daripada setahun sebelum beliau benar- benar bersedia mengambil Musa sebagai anak angkatnya.

Katanya lagi, aktiviti kemanusiaan yang giat beliau dan Noh lakukan juga menjadi antara penguat semangat untuk dirinya membuka hati untuk membuat keputusan tersebut.

Dalam perkongsian Mizz Nina di Instagram itu juga, Mizz Nina atau nama sebenar beliau iaitu Shazrina binti Azman, memaklumkan mengenai status Musa yang kini sudah bergelar mahram beliau dan sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka berdua.

Pendedahan Mizz Nina mengenai kehidupan baru beliau yang membuat kepuutusan untuk mengambil anak angkat itu cukup menggembirakan para peminat dan warganet. Perkongsian Mizz Nina itu di iringi dengan doa dan ucapan tahniah buat pasangan ini.

Terbaharu, menerusi Instagram selebriti itu telah memuatnaik sekeping gambar beliau bersama suaminya Noh Hujan dan anak mereka iaitu Musa. Gambar berkenaan di rakamkan pada hari pertama perayaan hari raya Aidilfitri.

Ketiga tiga mereka memakai baju sedondon berwarna hijau. Sementara Noh mendukung bayi Musa, Mizz Nina tersenyum manis penuh bahagia meraikan Syawal pertama menjadi seorang ibu kepada bayi Musa. Kehadiran Musa ternyata melengkapkan lagi keluarga mereka pada tahun ini.

Tulis Mizz Nina lagi di bahagian caption gambar berkenaan, beliau gembira dapat menyambut perayaan aidilfitri pada tahun ini bertiga. Beliau juga bersyukur dan berharap supaya Allah menerima ibadah beliau serta keluarga dan juga kita semua.

Ramai pihak yang turut gembira dan terharu di atas kehadiran seorang zuriat yang dapat menyerikan lagi kehidupan pasangan romantis ini.

Mizz Nina dan Noh turut mengakui mereka berdua sangat bersyukur kerana diberi anugerah yang tidak ternilai dan berpeluang menjadi ibu bapa selepas lama hidup berdua. Sifat keibuan Mizz Nina begitu terserlah menerusi gambar dirinya yang sedang mendukung Musa.

Rata-rata warganet serta rakan artis mengucapkan syukur kepada pasangan selebriti itu dan mendoakan agar Musa menjadi seorang anak yang soleh di masa hadapan.

Sehingga kini perkongsian Mizz Nina itu telah menerima sebanyak 100192 tanda suka. Menerusi ruangan komen pula, rakan- rakan dan peminat juga turut mengucapkan selamat hari raya buat pasangan bahagia ini.  Berikut dikongsikan juga komen- komen yang di tulis oleh netizen. Komen Neelofa turut mendapat perhatian netizen.

“Selamat hari raya Aifilfitri buat kak nina sekeluarga, semoga sentiasa dalam rahmatnya selalu “ – Netizen

“You look beautiful as always Kak even in your simplicity. Eid Mubarak Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin” – Netizen

“MashaAllah Tabarakallah.. Tgk kaki Musa aunty geram.. Minna wa Minkum Taqabbal ya karim.. Mizz Nina and family.. Selamat Hari Raya Aidilfitri” – Netizen

Mizz Nina juga sempat berkongsikan perjalananan dan perjuangan mereka bagi memperolehi seorang zuriat walaupun bukan dari rahimnya. Begitu besar kasih sayang pasangan ini terhadap Musa.

Tidak di nafikan bahawa kehadiran si kecil Musa sememangnya menjadi pelengkap dan menambah kebahagiaan dalam kehidupan mereka berdua.

Ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah Musa. Baik di media sosial Mizz Nina mahupun suaminya Noh, pasangan ini masih belum berkongsi wajah Musa kepada para peminat mereka.

Kini kehidupan pasangan ini kelihatan lengkap dgn adanya Musa. Semoga Mizz Nina dan Noh akan di kurniakan zuriat mereka sendiri selepas ini atas berkat dan keikhlasan mereka dalam menjaga Musa.

Sumber: ig mizz nina

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!