“Macam mak nenek, comel dengan lipstick dia”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ni banyak sangat ragam nya. Mereka pandai buat itu, dan pandai buat ini. Segala apa yang orang tua mereka lakukan, sudah pasti mereka akan tiru dan ikut sekali. Macam-macam sangat ragam mereka semua ni, pandai sangat lah katakan, geram je rasa.

Ada dimuat naik video telatah anak kesayangan Tomok, yang bernama Khadija atau lebih mesra dipanggil sebagai Dadija. Budak nya sangat comel dan banyak cakap. Ada-ada sajalah idea Dadija yang menghiburkan hati kita semua.

Kali ini, kita pula melihat telatah Dadija yang seolah-oleh membebel mengatakan sesuatu. Tapi, biasalah kalau dah budak-budak, apa yang dicakapkan tu memang kita takkan faham. Tak berbutir langsung segala apa yang diperkatakan tu tau.

Entah apa-apa yang diperkatakan oleh Dadija tu, kalau dengar banyak kali rakaman audio ulangan pun rasanya kita takkan faham. Haha takpalah dik, yang penting awak memang sangat comel dan menghiburkan hati kitorang semua.

Rata-rata netizen semunya terhibur dengan aksi dan gelagat si comel tu tau. Kalau anak korang perangai macam tu, sudah tentu korang semua akan tergelak besar dan terbahak-bahak dengan segala gelagat mereka kan.

Entah apa-apa yang diperkatakan oleh Dadija tu, banyak kali ulang pun belum tentu akan faham tau.Yang penting, dia sangat comel dan menghiburkan hati kita semua. Korang selalu tak layankan saja peranagi anak-anak korang macam tu ?

Anak-anak korang pun mesti selalu kan buat perangai macam tu, kita puas nak translate apa yang mereka perkatakan tu. Sekejap kata macamtu, sekejap kata macam ni, pening kita dibuatnya, macam ragam yang mereka buat dan lakukan.

Tapi nanti lama kelamaan, mesti mereka akan fasih dan petah berbicara. Time tu, memang tak henti-hentilah apa yang ingin dicakapkan tu kan. Boleh jadi member dan teman lepak kita sekali, mesti seronok dan best.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ni semuanya comel-comel belaka.Banyak sangat ragam dan juga telatah mereka yang menghiburkan hati kita semua. Memang gelak habis lah kita gelak.

Sumber : Ig Tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!