“Tau Lofa tak0t, ha jgn mulakan”- Netizen

Noor Neelofa Mohd Noor ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja pada tahun 2009/2010 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di saluran TV3 dan Suri Hati Mr Pilot. Beliau kemudiannya membuat kepuutusan untuk berniqab pada Oktober 2020.

Sejak awal pembabitan Neelofa dalam dunia seni, kehidupan usahawan dan pengacara terkenal itu sering kali menjadi tumpuan orang ramai.

Jika dahulu, Neelofa sering menerima perhatian ramai kerana fesyen- fesyen yang digayakan beliau sering di anggap pelik, namun kini setelah berkahwin dan membuat kepuutusan memakai niqab, selebriti berkenaan lebih selesa memilih pakaian yang longgar dan menutup aurat seiring dengan penampilan terkini beliau.

Neelofa mendirikan rumahtangga bersama PU Riz pada Mac 2021 dan di kurniakan seorang zuriat lelaki Muhammad Bilal. Sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang merasa geram melihat wajah Bilal yang putih gebu dan sangat comel.

Buat para peminat yang sentiasa mengikuti rutin harian pasangan ini, satu video terkini yang memaparkan aktiviti promosi produk oleh pasangan tersebut telahpun di kongsikan menerusi Instagram Lofa World.

Menerusi rakaman pendek video yang di paparkan berkenaan, PU Riz berkata mereka akan memperkenalkan produk inai tambahan selepas ini buat para peminat inai mereka.

Bagi membuatkan produk ‘refill’ inai tersebut lebih istimewa, PU Riz berkata beliau dan isterinya Neelofa akan menurunkan tanda tangan ke atas produk tersebut.

Neelofa yang sering mengusik suaminya secara spontan mengambil produk inai berkenaan dan di letakkan di bibir suami sebagai tanda ‘kasih sayang’ buat para pembeli produk inai tersebut nanti.

PU Riz yang agak terkejut dengan usikan isterinya itu kemudiannya berkata, bagaimana sekiranya beliau bertindak melakukan perkara tersebut ‘betul-betul’. Kata- kata dari PU Riz itu berjaya membuatkan Neelofa panik sebelum pasangan berkenaan saling ketawa bersama.

Ragam pasangan suami isteri ini cukup mencuit hati para peminat mereka. Sikap c3mburu Neelofa membuatkan beliau terus membuang sekotak produk inai yang telah beliau letakkan di bibir suaminya sebelum ini.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini. Sudah menjadi lumrah buat pasangan suami isteri untuk saling bergurau antara satu sama lain untuk mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Berikut di kongsikan komen netizen.

Nampak muka Neelofa menyesal tak sudah bergurau cakap macam tu dekat suaminya. Sekali PU Riz pula ambil serius gurauan Neelofa, terus menggelabah Neelofa sampai campak terus kotak inai tadi. Kelakar betul pasangan suami isteri ni saling mengusik.

Sumber: ig lofa world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!