“Tapi ayatnya jadi tak sedap kan” – Netizen

Rupanya banyak lagi bahasa yang kita tidak ketahui apakah nenar atau tidak dalam penggunaan bahasa tatabahasa yang betul. Yerkadang kita sudah menggunakan bahasa itu dengan kerap,jadinya ia sudah sebati dengan lidah dan masyarakat. Seperti “cuba try”. Itu bukan tatabahasa yang betul. Banyak lagi perkataan yang disalahguna rupanya. Cikgu kita di ig dan tiktok yang membantu dengan percuma.

Rupanya selama hari ni perkataan dipermudahkan bukanlah yang sebetulnya. Tetapi sepatutnya guna ayat dipermudah. Janggal bunyinya tetapi itu bahasa yang betul.

Selama hari ini menggunakan bahasa dipermudahkan, sehinggakan perkataan tersebut telah sebati didalam lidah kata pertuturan. Mungkin berguna juga kita belajar serba sedikit tentang bahasa Ibunda.

Sebenarnya manfaat yang diberikan oleh Zack Kirana sangat berguna,kerana ia seperti ilmu baharu. Ilmu yang berguna untuk anak muda. Ramai juga yang baru tahu, meskipun sudah lanjut usia.

Video yang mengatakan salah tatabahasa itu diperjelaskan secara terang-terangan. Secara lanjut Zack memaklumkan bahawa mengapa imbuhan kan tidak digunakan. Cuba lihat video senang nak diperjelas.

Meskipun beliau hanyalah instafamous, tetapi beliau mempunyai ramai rakan-rakan artis. Beliau juga seorang yang berbakat dalam nyanyian. Beliau juga sering memberikan pendapat atau mempernetulkan bahasa malaysia yang sering disalah guna.

Ilmu yang berguna sebegini amat disukai oleh pengijutnya, sehinggakan mendapat lebih 20 ribu jumlah sukaan dan lebih 1000 jumlah komen diberikan berkata terima kasih dan sebagainya.

Antara komen-komen yang diberikan, ada juga kata memang salah tatabahasa tapi ayatnya menjadi tak sedap apabila didengari. Betul juga. Agak janggal kerana tidak selalu mendengar.

Zack Kirana juga sering mengatakan bahawa sukar untuk memberitahu secara terperinci. Lebih baik belajar dengan Kamus DwiBahasa namun tak ramai pula mahu membaca satu per satu. Jadinya Zack perlu menerangkan supaya ramai faham.

Sumber: ig zackkirana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!