“Agak lawak menari cmtu, maybe Fasha bukan jenis pg pubb” – Netizen

Menjadi seorang pelakon bukanlah perkara yang mudah. Profession ini memerluk4n bakat dalam pengubahan emosi yang kuat. Ini kerana lakonan sentiasa bermain dengan emosi dimana kita perlu menjiwai sesuatu watak itu dan memahami setiap emosi watak tersebut. Bukan itu sahaja, ia memerluk4n fokus yang tinggi kerana menjiwai watak itu memerluk4n waktu dalam memahami skrip yang diberikan.

Siapa lagi yang tidak mengenali pelakon wanita tempatan, Fasha Sandha. Beliau yang memulakan karier beliau sejak tahun 2002 dengan berlakon dalam sebuah filem berjudul Bl4ck Maria dan seterusnya membina nama dalam beberapa drama televisyen sehingga sekarang.

Fasha Sandha sangat berkaliber dalam menonjolkan karakter dalam setiap watak yang dibawa. Lebih-lebih lagi watak-watak sedih kerana beliau dikenali dengan lakonan mantap beliau dalam watak-watak sedih dalam drama yang pernah beliau jayakan.

Baru-baru ini juga beliau telah menjayakan sebuah drama bersiri televisyen berjudul ‘D3ndam Seorang isteri’ di bawah terbitan RadiusOne Sdn Bhd melakonkan antara watak utama iaitu Amira dimana Amira seorang isteri yang dianiaya oleh suaminya sendiri.

Terdapat sebuah potongan drama dari drama’ D3ndam Seorang Isteri’ tersebut yang dikongsikan oleh Fasha Sandha dimana didalam video tersebut Fasha Sandha sedang berlakon menari.

Di dalam video tersebut, watak Amira yang dilakonkan Fasha Sandha sedang menari melayan lagu di dalam pusat hiburan bersama watak Harris yang dilakonkan oleh Wan Raja.

Ramai netizen yang mengikuti drama bersiri tersebut hingga ke episod yang terbaru.

Ada yang memberi komen terhadap lakonan menari Fasha Sandha yang kelihatan kekok dan merasakan beliau kekok menari itu mungkin kerana Fasha tidak pernah memasuki tempat hiburan seperti dalam drama tersebut.

Mengikuti perkembangan drama bersiri ‘D3ndam Seorang Isteri’ tersebut, drama tersebut sudahpun menayangkan episod ke 37 dan ditayangkan di tv astro Prima. Bukan sahaja Fasha Sandha dan Wan Raja membintangi drama tersebut, pelakon lain seperti Nad Zainal, Roy Azman dan ramai lagi membantu dalam menjayakan drama tersebut.

sumber : instagram Fasha Sandha.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!