“Talita cakap dalam hati, sedapnya Mommy nyanyi haha” – Netizen

Sejak bergelar ibu, memang banyak perkongsian wanita baharu pertama kali memegang status tersebut ini di media sosialnya. Sudahlah anaknya super cute, selebriti, Raja Ilya acap kali membuat konten bersama cahaya matanya itu hingga ada netizen yang melihat pun ‘naik geram’ dengan kegebuan dan kecomelannya. Macam hantaran video Ilya kali ini, kita yang melihat pun rasa nak civm je si kecil itu sama.

Bukan sahaja perkongsiannya itu menarik perhatian netizen, bahkan rakan artis pun sama. Seperti kata pengacara dan pelakon, Sharifah Shahirah, dia menyifatkan Ilya ‘geram’ sungguh dengan anaknya itu.

Begitupun jawab Ilya di ruangan komen, dia mengiyakan kenyataan Shahirah atau Shiera Ijoy itu dengan berkata sampai rasa mahu mengigit anaknya itu, namun menyedari ia tak boleh dilakukan.

Tak kurang netizen di ruangan komen mengakui mahu melakukan perkara sama. Tapi mungkin taklah Ilya nak lakukan gigitan itu…. Siapa tak sayang anak oiii. Tapi memang geramlah tengok anaknya, Talita Love tu…

“Geramnya tgk diaaaa”, “Saya hari2 usha ur ig tau sis sbb nk tgok si comel ni. Gerammmmmmmm. Tolong k1ss pipi dia utk saya sambil tarik mnja hidung comel dia tu peeeeliiisssss”, “So cute rindu tgk bby.. nk gigit dia tu..”.

Itu antara komen netizen. Dalam pada itu, ramai juga netizen yang terhibur apabila mendengar Ilya menyanyikan lagu untuk anaknya. Memang macam mak-mak Asia sungguh…

Mak omputih memang lain lah pulak lirik lagunyanya. Apa pun terlihat melimpah ruah curahan kasih sayang Ilya buat anaknya nan seorang itu yang menjadi sungguh wajah campurannya.

Ilya pun sebenarnya boleh menyanyi tau… Dia merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, dia menyanyikan lagu antaranya, Terukir Di Bintang; Selamat Malam – Faizal Tahir; Pulangkan – Misha Omar dan Janam Janam – Arijit Singh.

Ilya memiliki d4rah keturunan Melayu, Arab dan India Malabari merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Datuk Afdlin Shauki.

Raja Ilya dan Trent Garrent melangsungkan perkahwinan di kediaman suaminya itu yang juga seorang ahli perniagaan di Perth Australia dalam majlis tertutup hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.

Sumber : IG Raja Ilya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!