“Taapi seriously sedap bila Hawa nyanyi taw, mcm Oh Wanita dan Luluh tu” – Netizen

Hawa Rizwana Ahmad Redzuan merupakan seorang penyampai berita dan kini merupakan seorang pengacara rancangan Meletop bersama Nabil Ahmad. Hawa bermula sebagai seorang wartawan penyiaran untuk Wanita Hari Ini. Di awal kemunculan beliau, namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal yang juga bekas pengacara rancangan Meletop iaitu usahawan terkenal Noor Neelofa.

Bagaimanapun, sejak rancangan Meletop membuat pengumuman mengenai Hawa Rizwana di angkat menjadi pengacara tetap, pelbagai komen serta kritikan yang di luahkan oleh netizen dan juga peminat setia rancangan hiburan berkenaan.

Ramai peminat menyifatkan Meletop seolah- olah belum move on apabila menggantikan tempat Neelofa dengan individu yang mempunyai wajah seperti Neelofa pula untuk bergandingan bersama Nabil.

Bak kata pepatah, paatah tumbuh hilaang berganti, namun ternyata bukan mudah untuk menjadi pengganti Neelofa sebagai pengacara tetap rancangan hiburan berkenaan.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Hawa, beliau berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi di sebuah majlis.

Di permulaan video, ramai yang tersalah sangka bahawa bekas menyampai berita berkenaan mempunyai suara yang merdu dan sedang mendendangkan lagu di majlis berkenaan.

Bagaimanapun setelah di amaati, Hawa sebenarnya hanya menyanyi secara ‘miming’ sambil memegang mic namun suara penyanyi sebenar yang sedang membuat persembahan ketika itu ialah penyanyi Ernie Zakri.

Reaksi wajah Hawa benar – benar meyakinkan sehinggakan ramai netizen yang mempercayai sekiranya pengacara berbakat tersebut juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian juga.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji suara nyanyian berkenaan kerana mereka benar- benar menyangka Hawa sedang menyanyikan lagu tersebut ketika itu. Malahan ada yang memuji suara Hawa yang sangat merdu.

Ternyata lakonan Hawa yang secara ‘miming’ menyanyikan lagu tersebut menjadi sehingga ramai netizen yang salah faham. Berikut di kongsikan komen – komen yang di tulis oleh netizen.

Boleh tahan juga gelagat Hawa ni ya. Sejak menjadi pengacara Meletop dan bergandingan bersama Nabil mungkin Hawa pun sudah berjangkit perangai masuk air Nabil Ahmad.

Sumber: ig hawa rizwana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!