“Takyah ketok pintu Cap, mmber dah tidur tu” – Netizen

Dalam masa terdekat ini jangan cari pasal dengan orang rumah. Apa taknya, dek penangan perihal rumah tangga selebriti yang sedang tular kini akibat si suami ‘pasang dua’, ramai isteri di luar sana jadi sensitif dan sentimental. Tak pasti pula sama ada apa berlaku pada penyanyi rap hip hop, Caprice ini ada kaitan sebab itu, kesian pulak nengoknya…

Kan dah tak pasal-pasal tidur luar bilik. Kalau luar bilik tak apa lagi. Kalau luar rumah lagi k3s naya… Apalah agaknya silap Cap itu sampai terpaksa tidur depan pintu bilik. Ketuk-ketuk pintu, orang tu tak bukak juga…

Kalau nak menebak sebabnya, dok viral sana-sana ramai yang buat konten di medsos dengan mengaitkan kisah rumah tangga kasih ‘dua penjuru’ pasangan selebriti yang tengah hangat namanya menjadi sebutan itu.

Adakah Cap pun nk buat konten sama, hingga rakan artis media sosial, Ryzal Ibrahim Duriamkimchi juga men1nggalkan komen di hantaran Cap ini dengan mengatakan yang Cap kuat berdrama.

Ya lah… kalau mengikut perkembangan Cap di medsos banyak soal-soal semasa yang disentuhya, kadang siap dengan sisi sinis dan teguran. Apa pun bagus juga jika ia dibangkitkan untuk berkongsi pengajaran.

Tapi kalau membaca coretan Cap di kapsyennya pun lelaki itu nampaknya hendak menyentuh isv sama. ‘Good night geng beli beras. Good night geng x jadi pergi siam. Good night Malaysia’, tulisnya.

”Xpe cap, org kate jadi laki kene berani. Cita2 kene tinggi. Good nite cap ”, “Siapa penyokong Malaysia ke Thailand yg da ada isteri to hati hati la”, “Ni semua salah Thailand. Bukan salah cap”, “Best kan dapat tidur luar..ngah healing ke tu??? Hope mimpi dh smpai thailand ye”

Jangan macam-macam Cap… rupanya Cap ada hajat nak ke Siam kot ya… Salah cakap la tu ya sampaikan agaknya isteri Cap, Farra Inalis suruh suaminya itu tidur di luar bilik.

Sama ada benar-benar kena tidur luar, atau ‘berdrama’ hanya untuk konten hanya Cap saja yang tahu. Apa pun sekali lagi diingatkan pada lelaki di luar sana, para isteri dijangka tengah sensitif seminggu dua ni…

Terdahulu, kisah pasangan selebriti, pengarah, Shamsul Yusof dan Puteri Sarah menarik perhatian netizen apabila suaminya itu memilih menikah satu lagi dengan Ira Kahar di Siam, tanpa pengetahuannya dan keluarga.

Sumber : IG Caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!