“Tak puas asyik tgk b0nt0t debab Bilal je” – Netizen

Noor Neelofa Mohd Noor ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja dan beliau mulai di kenali menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr Pilot di saluran Astro Ria. Beliau membuat kepuutusan untuk berniqab pada Oktober 2020.

Sejak awal pembabitan Neelofa dalam dunia seni, kehidupan usahawan dan pengacara terkenal itu sering kali menjadi tumpuan orang ramai.

Sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu. Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil kepuutusan untuk tidak mendedahkan lagi wajah anaknya itu.

Namun begitu, satu perkongsian yang tular di media sosial baru- baru ini cukup membuatkan usahawan terkenal berkenaan merasa sangat kecewa kerana wajah anaknya Muhammad Bilal telah di dedahkan oleh seorang individu di media sosial tanpa kebenaran beliau.

Neelofa mempersoalkan tindakan individu tersebut yang menyebarkan wajah anaknya meskipun beliau sebelum ini sudah meminta sedikit masa sebelum benar- benar bersedia untuk berkongsi wajah anak sulungnya itu.

Bagaimanapun ekoran insiden berkenaan, setelah sekian lama pengacara berkenaan memegang pendirian untuk tidak mendedahkan lagi wajah anaknya, Neelofa akhirnya berkongsi foto serta rakaman video cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris kepada umum menerusi Instagram beliau.

Buat para peminat yang sentiasa mengikuti rutin harian pasangan ini, satu video terkini yang memaparkan aktiviti anak sulung pasangan tersebut telahpun di kongsikan menerusi Instagram Lofa Page.

Menerusi Instagram salah seorang peminat Neelofa, satu video yang memaparkan aktiviti Muhammad Bilal telah di kongsikan buat tatapan para peminat.  Dalam video berkenaan, Bilal kelihatan sedang memanjat tangga mainan sambal di awasi oleh Uminya.

Bagaimanapun video yang di rakamkan menerusi bahagian belakang badan Bilal itu membuatkan para peminat kurang berpuas hati kerana ingin melihat reaksi wajah comel dan gebu Muhammad Bilal.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang berkata mereka merindui wajah Bilal dan membuat permintaan agar Neelofa berkongsi video rakaman bahagian hadapan badan Muhammad Bilal pula untuk mereka melepaskan “rindu” terhadap bayi selebriti kesayangan mereka tersebut. Berikut di kongsikan komen peminat.

Sebagai rekod, pengacara Next to Neelofa ini telah menamatkan zaman bujang dengan seorang pendakwah bebas iaitu Muhammad Harris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan itu kemudiannya menimang cahaya mata pertama mereka pada 29 Januari yang lalu.

Netizen mendoakan Muhammad Bilal membesar menjadi anak yang solah dan taat kepada kedua ibu bapa.  Rata- ratanya juga berkata wajah Bilal lebih seiras dengan wajah abahnya PU Riz setelah semakin membesar.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!