“Tak pelat langsung, seusia Isaac panggil daddy penuh, comel je” – Netizen

Sememangnya anak-anak itu adalah permata hati ibubapa. Sekurang-kurangya mereka dapat menghilangkan penat lelah bekerja setelah kita melihat gelagat anak-anak. Mereka juga penyejuk hati. Ibu bapa mana tak sayangkan anak, siapa je yang taknak belai mereka ini. Bagai menatang minyak yang penuh. Itulah perumpamaan betapa kasihnya ibu bapa kepada anak-anak.

Anak-anak kecil selalunya menjadi kesukaan ramai. Dengan teletahnya yang banyak ragam, selalu membuatkan kita semua terhibur. Rasa nak g1git dan cub1t je pipi gebu mereka tu. Geram sangat.

Anak lelaki kepada Aiman Hakim Ridza pun tak kalah dengan kecomelannya. Isaac Raees yang merupakan anak kepada pasangan artis Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini sudah berumur 1 tahun.

Pejam celik pejam celik, eh dah setahun rupanya umur Isaac. Walaupun baru setahun tapi, ada je idea nya nak buat mummy dan daddy nya tersenyum melihat nya. Bijak budak kecil ni, pandai ambil hati mereka.

Baru-baru ini, Aiman melalui instagramnya ada memuat naik video Isaac bergurau-gurau dengan daddy nya itu. Isaac yang menyorok di belakang langsir bertanya kepada daddy nya di manakah Aiman berada. Wah, pandai eh si kecil ni bergurau main peekaboo dengan daddy nya. Daddy nya pun melayan jelah karenah anak kesayangannya itu.

Rata-rata, memberikan komen kepada video tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa bapa dan anak ini sangat comel. Pun, ramai yang memuji kecomelah Isaac ni. Malah, yang lebih menarik perhatian apabila si kecil 1 tahun ini sudah mempunyai lesung pipt yang sangat menawan.

Kecil-kecil dah ada lesung, Jelas kelihatan di kedua-dua pipi Isaac tu. Memang cair tengok Isaac senyum. Terlalu comel. Itu baru satu tahun, nanti dah dewasa mesti hensem macam daddy nya kan.

Isaac juga mempunyai akaun instagramnya sendiri yang bernama “IsaacRaees” dan kini sudah mempunyai sebanyak 141k pengikut. Ramai juga followers si kecil ni kan. Nanti bolehlah tengok update Isaac di Instagram nya.

Justeru, anak-anak kecil ini memang menjadi kesukaan ramai. Jarang lah orang tak suka budak kecil. Mereka dapat menghiburkan hati kita dan membuat gelak tercuit hati dengan ragam mereka.

Sumber : Ig Aimanhakimridza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!