“Tak payah bg jawapan yg nampak awk sgt2 belagak dgn peminat” – Netizen

Kata-kata bertulis antara salah satu mesej yang disampaikan oleh seseorang kepada yang lain seperti kita lihat di laman sosial media pada masa kini.. Pada zaman yang serba moden ini, smartphone antara yang paling penting dalam menyampaikan mesej dari penghantar kepada penerima. Bahkan kita juga memerluukan smartphone untuk akses kepada laman sosial media untuk berkomunikasi antara satu sama lain

Namun, komunikasi akan menjadi kurang berkesan apabila sesuatu mesej itu disampaikan secara tidak betul mendorong seseorang untuk berfikir di sebaliknya.

Begitulah yang terjadi kepada salah seorang selebriti tempatan, Elfira Loy gara-gara membalas komen salah seorang peminat dengan cara yang tidak betul sehingga membuatkan netizen mengecaam tindakannya.

Elfira dikatakan telah memuatnaik sebuah gambar bersama tudung bercorak bunga beserta kapsyen yang ditulisnya. Dan salah seorang peminat memberi komen memuji tudung yang dipakai Elfira. Namun sebaliknya, komen Elfira menimbulkan perasaan kurang senang netizen lain selepas membaca komen yang ditulis itu.

Ramai netizen menegur cara Elfira membalas komen tersebut yang dikatakan seolah-olah bersikap angkuh. Mereka kemudiannya terus tidak mengikuti Elfira di laman Instagram selepas melihat cara Elfira melayan peminatnya.

Sehingga kini, tiada komen balas daripada Elfira selepas menerima kecaaman daripada netizen. Dalam pada itu, foto Elfira telah menerima 15,000 tanda suka dan pelbagai respond daripada netizen.

Update terkini, Elfira Loy menjelaskan dgn terperinci berkenaan isu tudung dan dituduh s0mbong oleh peminatnya di ruangan ig storynya. Baca perkongsian Elfira di bawah.

Setiap selebriti di Malaysia ni dah mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Dengan menghargai dan melayan baik peminat, cara sebegitu yang menjadikan seseorang selebriti itu sentiasa disokong oleh peminat-peminatnya.

Sumber: instagram Elfiraloy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!