“Tak manis pmpuan berhijab mengenakan pakaian seperti ini” – Netizen

Hawa Rizwana Ahmad Redzuan merupakan seorang penyampai berita dan kini merupakan seorang pengacara rancangan Meletop bersama Nabil Ahmad. Hawa bermula sebagai seorang wartawan penyiaran untuk Wanita Hari Ini. Di awal kemunculan beliau, namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal yang juga bekas pengacara rancangan Meletop iaitu usahawan terkenal Noor Neelofa.

Bagaimanapun, sejak rancangan Meletop membuat pengumuman mengangkat nama beliau sebagai pengacara tetap rancangan hiburan berkenaan bergandingan bersama Nabil Ahmad, nama Hawa semakin popular dan kian di kenali.

Apatah lagi, Hawa turut muncul dalam video klip lagu terbaru penyanyi Khai Bahar berjudul Wanitaku sehingga membuatkan g0ssip hubungan beliau bersama penyanyi lelaki berkenaan menjadi tular.

Hawa yang kini sering di kaitkan dengan Khai Bahar juga menjadi perhatian peminat Khai Bahar sendiri yang merestui hubungan bersama penyanyi lelaki kesayangan mereka malahan turut mendoakan hubungan Hawa dan Khai Bahar menjadi kenyataan.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Hawa, beliau berkongsi beberapa gambar yang memaparkan dirinya sebagai pengacara sebuah majlis.

Pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang mengenakan seluar hitaam kuulit dan dipadankan dengan baju-T berwarna gelap serta jaket pelengkap gaya.

Bagaimanapun gara- gara pakaian berkenaan, pengacara tersebut kemudiannya menerima kec4man daripada netizen di ruangan komen.

Ramai netizen yang tidak dapat menerima gaya selebriti wanita tersebut berpakaian terlalu ketat memandangkan sebelum ini, beliau menjaga imej wanita muusslimah dan sering berpakaian sopan.

Netizen juga beranggapan bahawa pakaian tersebut tidak sesuai dengan imej berhijabnya. Sudahnya, pengacara meningkat popular itu ‘disekolahkan’ netizen di ruangan komen dengan pelbagai komen berunsur nasihat dan juga peringatan.

Hos MeleTOP itu turut dinasihatkan supaya tidak tenggelam dalam arus populariti dan dunia glamor, sebaliknya kekal menjaga imej muusslimah yang bukan sekadar bertudung bahkan dari segenap aspek. Berikut di kongsikan komen – komen yang di tulis oleh netizen buat Hawa.

Perubahan gaya Hawa juga dikatakan berpunca selepas beralih angin ke sebuah lagi stesen televisyan gergasi tanah air.

Meskipun penampilan Hawa menimbulkan rasa kurang senang peminat namun peminat yang terdiri daripada pengikutnya turut mendoakan Hawa supaya kekal istiqamah dalam menutup aurat sebaik-baiknya.

Sumber: ig hawa rizwana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!