“Tak boleh fokus tiap kali tengok Melodi, asyik tengok baju dia je”- Netizen

Sejak Nabila Huda menjadi pengacara Melodi, penampilannya berjaya memukau penonton setiap kali menonton rancangan hiburan yang bersiaran pada setiap hari Ahad. Walaupun baru sahaja bergelar pengacara Melodi, ternyata Nabila menarik perhatian ramai dengan bakat mengacara dan penampilan uniknya. Lihatlah, setiap minggu pasti ada saja outfit Nabila yg berdasarkan pelbagai konsep pilihannya. Unik sekali.

Terbaru, busana hijau yang cukup menyerlah dipakai oleh Nabila telah menghiasi segenap ruang studio Melodi. Malah video di sebalik tabir persiapan Nabila sebelum bermulanya siaran langsung Melodi telah menjadi perhatian ramai.

Setiap minggu pasti ada video di sebalik tabir yang dikongsi Nabila di laman Instagram sebelum bermulanya tugas beliau. Gara-gara ramai yang mahu melihat busana unik Nabila, mereka sanggup menanti posting video atau foto yang dimuatnaik Nabila di Instagram sebelum bermulanya siaran Melodi.

Baru-baru ini, Video yang telah dimuatnaik Nabila telah menerima tontonan sehingga 272,000 tontonan.

Video tersebut menjukkan Nabila sedang sibuk bersolek dan memakai busana cantik berwarna hijau sambil dibantu oleh beberapa krew Melodi.

Busana berwarna hijau dipakai Nabila lebih menjadi tumpuan dan rata-rata netizen teruja melihat kesungguhan Nabila menceriakan set melodi dengan busana pelbagai warna menarik itu.

“Lepas ni setiap kali sebelum melodi start, wajib tengok bts abil dulu love outfit and makeup” – Netizen

Bukan itu sahaja, ramai netizen turut mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Nabila dan mendoakan agar beliau bakal menerima zuriat tidak lama lagi.

Sumber: instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!