“Tahniah daddy to be Remy Ishak aka Megat Danish” – Netizen

Kurniaan cahaya mata adalah anygerah yang paling terindah buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin. Tidak terkecuali, Penantian kehadiran cahaya mata pastinya telah dinanti-nantikan oleh selebriti popular, Remy Ishak dan isterinya yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Meskipun setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada Remy dan isterinya sendiri, namun jelas kelihatan Ezza berbadan dua menerusi video miliknya.

Beberapa video Ezza Yusof telah dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dan dan video terbaru Ezza sudah menimbulkan perasaan teruja netizen selepas melihatnya.

Rata-rata netizen sudah mula menyedari baby bump milik Ezza yang jelas kelihatan dan tidak sabar untuk melihat ‘Remy Junior’ lahir tidak lama lagi.

Sebelum ini, netizen ada juga menyedari baby bump milik Ezza namun tidak jelas. Namun video terbaru Ezza sudah menjawab segala teka-teki daripada warga netizen.

Menerusi video terbaru Ezza, tujuan beliau memuatnaik video hanyalah untuk mempromosikan produk kasut keluaran terbaru memandangkan Ezza adalah salah seorang usahawan kasut dan beg.

Namun, mata netizen lebih tertumpu kepada baby bump Ezza dan rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah buat Ezza serta Remy.

Ada juga sebahagian netizen membuat andaian bahawa Ezza dan Remy bakal menerima cahaya mata perempuan. Namun belum pasti kesahihannya.

Nampaknya ramai tak sabar nak tunggu Remy Junior, mesti cantik macam mummmy Ezza atau kacak macam daddy remy hehe..

Video Ezza telah meraih 117,000 tontonan sejak dimuatnaik Selasa dan 5,000 tanda suka.

Tahniah buat Remy dan Ezza. Semoga kandungan Ezza sihat dan mommy pun kena sentiasa jaga diri. Selamat menjalani proses ibu hamil ya ezza.

Sumber: Instagram ezzarl

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!