“Sy tak pernah pg gym dato, tp sy tau cara Dato mmg salah” – Netizen

Trend berbadan tegap atau sado semakin berleluasa dalam kalangan jejaka masa kini. Sambil menjaga badan, kesihatan pun turut sama dijaga dengan baik. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Tatkala seseorang rajin menjaga badannya, kesihatan mereka juga terjamin apabila mereka cukup mengutamakan makanan yang sihat. Malah tak disangkal lagi, jejakan berbadan sado juga semakin digilai ramai gadis di luar sana.

Tidak terkecuali, usahawan popular Dato Aliff Syukri antara yang sedang berusaha untuk memiliki badan sado. Setelah sekian lama beliau tidak terlalu aktif di laman sosial media, rupanya Aliff sibuk membina badan.

Siapa sangka, usahawan yang sering dihimpit dengan kontroversi ini ternyata mempunyai hasrat untuk berbadan sado.

Penampilan terbaru Aliff telah mengejutkan ramai netizen selepas beberapa video beliau dikongsi di Instagram miliknya.

Baru-baru ini, video Aliff jelas menunjukkan badan beliau yang tegap dan berotot. Memang berbeza beliau daripada dahulu.

Dengan berbadan tegap, Aliff seolah-olah kelihatan muda daripada usia sebenarnya seperti yang dinyatakan oleh sebahagian netizen.

Meskipun video terbaru beliau bertujuan untuk mempromosikan produk perniagaannya, mata-mata netizen lebih tertumpu kepada Aliff yang giat aktif bermain gim.

Selain itu, beberapa netizen turut menegur Aliff supaya menutup aurat di bahagian lutut menerusi ruangan komen.

Video Aliff telah menerima 500,000 tontonan dan hampir 400 komen daripada netizen.

Wah semangat betul dato main gim. Memang boleh berikan inspirasi buat kita semua untuk dapatkan badan yang cantik hehe.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!