“Sweet je panggil sayang kat Hairul”- Netizen

Pelakon aksi yang namanya mula meningkat naik setelah berlakon filem Paskal iaitu Hairul Azreen kini melebarkan sayap menjadi pengarah dan sedang mengarah filem pertama beliau iaitu “Ada Hntu”. Setelah kejayaan filem berkenaan, kini Hairul muncul kembali dengan filem ‘Ada Hntu 2’ yang merupakan sequel kedua filem Ada Hntu sebelum ini.

Jika sebelum ini filem Ada Hntu pertama di tayangkan menerusi saluran Disney di sebabkan kekangan pandemik, kali ini filem Ada Hntu 2 akan telahpun di tayangkan di pawangan bermula 15 September yang lalu.

Hairul juga menarik perhatian netizen apabila pernah berkongsi video di Instagram di mana beliau sangat berdebar menantikan reaksi para netizen terhadap filem barunya itu.

Gelagat Hairul yang ketika itu dalam keadaan gelisah menuruni anak tangga di rumahnya dalam keadaan terbalik juga menghiburkan para netizen termasuk lah isterinya Hanis Zalikha yang sedang merakamkan momen berkenaan ketika itu.

Mendirikan rumahtangga pada tahun 2015 bersama Hanis Zalikha, pasangan selebriti popular ini telah memenangi Anugerah Pasangan Couple paling meletop di Anugerah Meletop Era.

Terkini menerusi hantaran terbaru di Instagram, Hairul telah berkongsi satu video yang memaparkan pengarah idolanya iaitu Samsul Yusuf turut sama turun padang untuk menghadiri majlis tayangan filem Ada Hntu 2 sebagai memberikan sokongan kepada Hairul.

Samsul Yusuf juga turut meniupkan kata- kata semangat, nasihat kepada Hairul serta memberikan tunjuk ajar supaya Hairul terus bersemangat untuk menjadi pengarah yang lebih baik pada masa hadapan.

Hairul yang kelihatan cukup berterima kasih dengan kehadiran Samsul itu merakamkan video berkenaan sebagai kenangan dan memuatnaik di Instagram buat tatapan para peminat beliau.

Menjengah keruangan komen, kata- kata nasihat daripada pengarah berjaya seperti Samsul itu begitu menjadi insprirasi buat warganet yang lain juga.

Namun begitu, ada netizen yang memetik panggilan Samsul kepada Hairul ketika itu sebagai ‘sayang’ menarik perhatian di ruangan komen. Berikut di kongsikan komen netizen berkenaan.

Sebagai rekod, Hairul dan Hanis telah mendirikan rumahtangga pada Jun 2015 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Kehidupan pasangan ini dan anak-anak mereka menjadi perhatian netizen kerana sering berkongsi video aktiviti mereka bersama anak-anak buat tatapan para peminat di media sosial.

Alisa Aisyah juga turut memenangi anugerah Si Cilik Melet0p mengikuti jejak langkah abangnya Yusof Iskandar beberapa tahun lalu yang memenangi kategori serupa.

Sumber: Instagram hairul azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!