“Gaya apatah, Dj tak dj azan tak azan”- Che Ta

Zaman ini kan era media sosial. Kalau tak mengikuti perkembangan semasa pun tak boleh juga. Nanti banyak yang ketinggalan kerana kebanyakan ilmu, informasi dan maklumat semasa pada masa ini seringkali disampaikan melalui media sosial. Justeru tak kira muda dan yang berusia ramai akan memanfaatkan kemudahan itu. Tidak ketinggalan golongan artis termasuklah selebriti yang sentiasa cantik menawan, Rozita Che Wan atau mesra digelar Che Ta ini. Baru-baru ini Che Ta baharu mencuba untuk ‘bermain’ dengan aplikasi TikTok.

Biasalah, apa saja benda baru kita nak cuba memang rasa kekok pada mulanya. Begitulah jua dengan isteri kepada aktor, Zain Saidin ini yang baharu berjinak-jinak untuk mula beraksi dengan TikTok ini, namun demikian tetap maintain helok.

Dalam hantarannya di IG, Che Ta dalam kapsyen itu menggambarkan dirinya seperti budak-budak yang ‘baru nak up’ (belajar TikTok). Dia sendiri menyifatkan perkongsiannya itu nampak seperti seorang DJ tak DJ dan seperti orang yang nampak macam nak (melaungkan) azan tak azan.

Agak mencuit hati juga gelagat Che Ta ni hingga ramai mengakui mereka tersenyum sendiri melihat dirinya. Begitupun, ada pula yang menyokong Che Ta untuk meneruskan usaha menggunakan aplikasi tersebut.

“Baca caption sambil tgk video. Lawak nau”, “Maaf tergelak”, “Kapsyen pun…”, “Keraih aih.. tapi segak”, “Apoo Che Ta”, “Jadila tu Che Ta…”. Itu antara coretan komen netizen di hantarannya.

Menariknya, dalam pada itu, ramai yang perasan Che Ta jarang tersenyum menampakkan giginya dan memberikan respons bahawa gigi Che Ta kelihatan agak cantik, apatah lagi ketika mengukir senyuman manis dalam video itu.

Rakan artis, Sharifah Shahirah atau Shiera Ijoy juga melayangkan komen bahawa gigi Che Ta lawa dan membandingkan pula dengan giginya yang dikatakan sudah mula jarang. Gamaknya dek faktor usia la ya. Lucu pula…

Apa pun buat Che Ta, selamat berjaya menghasilkan konten-konten TikTok dan medsos yang bermanfaat dan dapat dikongsikan dengan peminat. Barangkali Che Ta juga pada usianya tahun ini 49 tahun dapat dijadikan contoh untuk belajar sesuatu tak kira usia. Gitu..

Che Ta cukup dikenali dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari, dia juga ada melakonkan watak serius seperti dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah.

Selain terkenal dengan dunia lakonan, Che Ta juga antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum, terutama mengenai perhubungan dan kehidupannya dengan pelakon komedi popular sitkom “Oh My English”, Zain.

Sumber: IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!