“Tak boleh move on dgn mrk berdua ni, lain mcm auranya” – Netizen

Dua figura ini jika dilihat memang lain macam auranya. Mana tidaknya, populariti mereka berdua yang pernah mencanak pada zaman kegemilangan iaitu sejak 90-an lagi hingga ke hari ini masih terasa seakan tak ada kurangnya. Apatah lagi keduanya masih aktif dengan pelbagai aktiviti berkaitan bidang seni. Datuk Awie masih aktif menyanyi dan berlakon. Primadona, Erra Fazira juga tak kurang aktif memenuhi jemputan di media maya, cetak dan penyiaran, malah baru-baru diberi peluang mengetengahkan bakat sebagai penyampai radio segmen Pagi Di Sinar menerusi stesen Sinar FM biarpun hanya kira-kira sebulan.

Kepada peminat, pasti maklum akan ‘sejarah’ mereka berdua yang pernah bergelar pasangan k3kasih, bertunang, namun kemudiannya terputus di pertengahan jalan. Tahun berganti tahun, kedua-duanya membawa haluan mendirikan rumah tangga, begitupun takdir menentukan pertemuan dan perpisahan.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, acap pula mereka bertemu dan dipertemukan dalam satu pentas dan program yang sama. Seakan-akan ada ‘tangan-tangan’ di belakang yang mahu melihat ‘penyatuan’ mereka berdua.

Menariknya, usaha itu pula seakan ‘direstui’ netizen. Gamaknya sebab Erra pun dah kembali belum berpunya. Apa pun, biarpun pernah ada konflik hingga menjadi punca keretakan mereka dahulu, kini tampak profesional sekali tatkala bertemu.

Tak kurang netizen yang suka sekali melihat kerjasama dan perhubungan Erra dan Awie, jika dipertemukan dalam sesuatu segmen atau program. Lihat saj4lah perkongsian hantaran stesyen radio ini, ramai sekali yang memuji.

“Awwww so suwett”, “They both looks so sporting”, “Btul tu.. past is past.. syg K Erra”, “Awie terkesima juga tu”, “Best sgt dgr td kat radio kete. Mmg k Erra n Awie the best. Bikin surprise lak”, They are meant to be friend not couple. Lovely”, itu antara komen netizen.

Memang nampak sempoi sahaja hubungan mereka ini. Masih boleh duduk semeja dan bergelak ketawa biarpun tidak berjodoh. Bagaimanapun, masih ramai lagi yang mendoakan agar hubungan mereka berdua dapat diteruskan biarpun hanya sekadar kawan. Gamaknya ramai belum move on.

Difahamkan hari ini hari terakhir Erra bertugas sebagai penyampai di stesyen radio itu, manakala Awie antara tetamu undangan. Sebenarnya kedatangan Awie kejutan buat Erra oleh pihak radio. Namun mereka tampak serasi dipertemukan mengakui masing-masing dah lama tak bertemu.

Erra pernah bergelar isteri kepada selebriti, Yusry KRU apabila diijabkabul pada 15 Jun 2003. Bagaimanapun, pada 16 Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir. Erra kemudian, bernikah dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM ketika itu, Engku Emran Engku Zainal Abidin, namun berpisah pada 2014.

Erra dan Awie sebelumnya pernah melangsungkan pertunangan pada 1996, akhirnya putus dengan episod kontroversi pada hujung 1998. Awie berkahwin dengan penyanyi muda Arni Nazira Anuar pada Disember 1998, sebelum Rozana Misbun, namun berpisah. Pada 2016, Awie bernikah dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.

Sumber: IG Suria FM

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!