“Sweet betul lagu ni, melting tau” – Netizen

Lagu ini diciptakan oleh Alif Satar sendiri beliau mencipta lagu ini adalah untuk insan yang bergelar isteri. Uniknya lirik lirik dalam lagu ini sangatlah romantik dan sweet seperti melambangkan diri Alif sendiri. Sikap Alif memang lemah lembut dan sangat menyayangi ahli keluarga, apatah lagi isterinya sendiri, beliau sangat menyanjungi insan yang bernama wanita, apatah lagi ibu dan juga isteri beliau.

Lagu ini sesuai sekali ditujukan kepada insan yang kita sayangi. Lagu ini Alif nyanyikan untuk isterinya. Sepatutnya lagu ini menjadi lagu OST kepada drama Risik Pada Hati yang lalu namun ia tidak diterima.

Pasti ada sebab tertentu lagu ini tidak diterima,namun lagu ini akan di’release’ tidak lama lagi. Lagu Alif ini akan diterbitkan olehnya sendiri dan akan berkumandang di Radio tidak lama lagi.

Apabila menghayati lagu tersebut barulah faham maknanya. Memang ayat-ayat didalam lagu tersebut sangat bermadah. Sesiapa saja terutama wanita mendengarnya. Akan “melt1ng” .Cairnya hati tatkala mendengar lagu itu.

Beruntunglah isteri Alif kerana lagu ini memang ditujukan kepadanya. Insan yang sangat berbakat dan pelbagai bakat yang dia miliki, mencintai isteri sepenuh hati sehingga lagu diciptakan buatnya.

Tiap baris kata pastinya penuh makna. Dapat mengukir senyuman jika si suami menyanyikan lagu ini tatkala majlis perkahwinan berlangsung. Buat yang sudah berkahwin, masih boleh menyanyikannya kepada si isteri masing-masing.

Begitu banyak jumlah sukaan diberikan. Sama juga dengan komen yang diberikan. Mereka semua telah mendengar lagu tersebut dan sangat berpuas hati dengan penghayatan lagu tersebut, memang mereka akan menggunakan lagu ini sebagai pengganti kata-kata manis.

Lihatlah komen-komen netizen, semuanya mahukan lagu ini sebagai dendangan di majlis perkahwinan mereka. Malah ada juga yang mahukan Alif sebagai penyanyi lagu ini ketika majlis, mereka juga mengatakan bahawa simpan lagu ini dan mainkan lagu ini ketika majlis perkahwinan kalian.

Alif dikatakan seorang yang berbakat besar kerana semua yang beliau ceburi adalah seperti bakat beliau, bukan sahaja berlakon dan menyanyi malah beliau boleh juga berzanji, mengaji dan juga bernasyid, beliau juga seorang pengusaha yang berjaya dan menjadi Founder yang berjaya.

Sumber: ig alifsatar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!