“Suka Uyaina ni, balas balik apa yg netizen cakap”- Netizen

Suami, sudah tentu orang yang paling tersayang buat semua golongan wanita yang sudah bergelar isteri. Suami antara insan yang sanggup susah senang bersama dengan isterinya dalam apa jua keadaan sekali pun. Jika anda perasan, pasangan yang baru berkahwin pasti akan sering berkongsi foto bersama di Instagram. Termasuklah selebriti Uyaina Arshad yang telah baru bergelar isteri pada tahun ini.

Uyaina telah bergelar isteri kepada selebriti Raja Syahiran baru-baru ini dan pasangan romantik ini sentiasa berkongsi foto serta video bersama.

Tidak dinafikan, mereka antara pasangan selebriti yang sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial media. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah berkahwin, ramai yang sentiasa menantikan video romantik Uyaina dan suaminya.

Namun di sebalik itu, ada sebahagian netizen sengaja mengecam Uyaina dan Raja Syahiran apabila mereka sentiasa memuatnaik video bersama.

Ada-ada sahaja netizen ni kan… Dan Uyaina dengan spontannya berkongsi video dengan membidas semula kenyataan netizen yang menganggap Uyaina sentiasa berkongsi video romantik bersama suami.

Melihat pada posting video Uyaina, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Uyaina dan ada juga yang terhibur dengan reaksi spontan Uyaina itu.

Bagi Uyaina, ia bukanlah satu masalah yang besar bagi dirinya untuk sentiasa  berkongsi video bersama suami kesayangan. Nama pun suami, mestilah sentiasa ada kenangan indah bersama yang akan dirakam kan..

Dalam pada itu, video Uyaina telah menerima 200,000 tontonan dan 150 komen daripada netizen.

Tidak terkecuali, selebriti Sheila Rusly pun setuju dengan kenyataan Uyaina menerusi video itu.

Kepada netizen, janganlah kecam Uyaina. Tak salah pun untuk Uyaina sentiasa berkongsi video kenangan dengan suami. Hehehe..

Sumber: instagram Uyainaarshad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!