“Suka hati nak masak lagu mana nak boh apa. Janji lepaih makan hidup lagi org tu” – Che Ta

Bagi golongan ibu dan perempuan di rumah sudah menjadi rutin harian untuk melakukan tugas memasak. Umum pasti mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis masakan dan cara bagi setiap orang untuk menyajikan sesuatu hidangan tersebut. Tetapi masih ada lagi yang mempertikaikan cara seseorang individu itu menyediakan masakan jika tidak ada yang tidak kena pada mata mereka.

Jika dahulu sibuk dengan dunia industri yang popular, tetapi kini Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta lebih sering berkongsi pelbagai video resipi masakannya setiap hari. Che Ta telah berkongsi video resipi caranya memasak lemak kari ketam dengan kapsyen yang berbaur sinis tentang isu masakannya sebelum ini.

Video masakan masak lemak Che Ta baru-baru ini telah mendapat perhatian dari netizen apabila dia menggunakan resipinya sendiri yang berbeza dari orang lain.

Netizen juga mempertikaikan mengapa Che Ta memanggil ikan talapia yang digunakan tersebut sebagai talapia laut.

Kembali dengan video masakan baru, Che Ta telah membuat kenyataan bahawa seni masakan tiada undang-undang dan dia bebas untuk menggunakan apa cara sekali pun.

Walaupun mendapat kecaaman sebelum ini, tetapi sikap santai Che Ta ini hanya menjadikan semua tomahan itu sebagai gurauan sahaja. Perkara ini juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkongsi video masakannya setiap hari walaupun ada yang tidak suka.

Benar apa yang dikatakan oleh Che Ta. Setiap orang pasti mempunyai cita rasa masing-masing dan cara tersendiri untuk memasak.

Sikap dan tindakan Che Ta yang tidak menghiraukan kata-kata negatif orang ramai terhadapnya wajar diberikan pujian. Dia juga tidak mengambil kira pendapat dan pandangan orang lain, tetapi hanya mengikut kata hatinya untuk memasak janji ia sedap dimakan.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!