“Neelofa’s dress ni dulu pernah pakai”- Netizen

Kelibat si Little Miss Khan ini di media sosial memang sentiasa mendapat perhatian netizen. Setiap milimeter foto atau hantaran adik kepada pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa ini akan ‘dikaji’ dan diulas oleh mata-mata di maya. Posting terbaharunya dengan busana dress berbalang ini juga mendapat perhatian. Ada yang teruja mahu mendapatkan pakaian sama bertanyakan di mana boleh mendapatkannya.

Tapi selain lidah, nak kata tajam tak tajam mata netizen, boleh pula yang meneka pakaian yang dipakai Ameera Khan ini pernah digunakan oleh Neelofa. Begitupun komen itu belum lagi dibalas Ameera.

Apa pun yang dikenakan wanita ini, sememangnya beliau tetap tampak cantik dan anggun dengan gayanya yang tersendiri. Biaq pi la nak pakai apa ya… Lagi pula mereka pun sepusat sepusing… adik beradik kan.

Pun begitu, lebih menarik perhatian netizen ialah latar belakang lokasi Ameera mengabadikan fotonya di situ. Ramai yang teruja nak tahu air jenis apakah yang menjadi background foto beliau itu.

Seperti tiada tempat lain hendak merakam foto, lokasi yang mengundang cakap-cakap itu jua yang menjadi pilihan. Itu antara yang dicoretkan oleh netizen yang ‘prihatin’ dengan lokasi dirakam Ameera itu.

https://www.instagram.com/p/CYHKLehFNVQ/

Apapun motifnya, buat Ameera nampaknya netizen kita sememangnya belum bersedia untuk menerima momen berfoto dengan latar belakang tempat seumpamanya. Ya, ramai prihatin dengan Ameera yang semestinya enggan membiarkan nya terus ‘hanyut’ biarpun hanya beraksi untuk medsos.

Tak kurang yang mengambil kesempatan bertanyakan apakah hukumnya makan dan minum di kedai ada ark. Berikutan tak pernah masuk ke premis ber’bar tender sedemikian, penulis sendiri tak dapat memastikan jenis air yang menjadi background foto Ameera ini.

Ya, barangkali sekadar datang ke lokasi seumpamanya bertujuan memenuhi jemputan atau berikutan kehendak tugas. Apa pun kadang tak sedar, untuk elak dikcam diharap moga Ameera prihatin dengan sensitiviti orang kita pada masa depan.

Tak memasal nama abang iparnya, PU Rizz pula disebut supaya menegur adik iparnya nan seorang ini. Aduhai netizen… terlebih sudah. Apa pun pastinya ada yang lebih arif dan layak untuk menasihatinya jika memerlukn.

Selain bergelar instafamous dengan jumlah pengikut di IG lebih 1.4 juta, Ameera selalu mendapat perhatian umum berikutan penampilan, alat solek dan fesyen yang digayakannya.

Sumber : Ig Little Miss Khan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!