“Suami kami tak minat yg kur0s2, taste dia yg comel2 cam kami” – Zizi Eizette

Masih ingatkah kita dengan pelakon puutih gebu berbakat besar Zizie Izette? Rasanya sudah lama benar kita tidak mendengar mengenai kerjaya seni terkini Zizie. Sejak mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin, Zizie mengambil keputusan untuk bergiat aktif dibelakang tabir sahaja. Kakak kepada Shaheizy Sam ini mempunyai sepasang anak kembar lelaki serta seorang anak perempuan hasil pernikahan bersama Dato Bung.

Mereka juga mengambil dua orang anak angkat iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Mempunyai anak seramai 5 orang membuatkan Zizie tak menang tangan di rumah. Oleh itu, setiap anak Zizie mempunyai pengasuh mereka masing-masing.

Jarak usia diantara kesemua 5 orang anak Zizie juga sangat rapat. Mereka sedang membesar dan perluk4n perhatian khuusus. Walaupun setiap anak Zizie mempunyai pengasuh, Zizie tidak menyerahkan sepenuh tanggungjawabnya sebagai ibu kepada pengasuh.

Tegas Zizie lagi, urusan pengasuh lebih tertumpu kepada mengemas rumah dan mencuci pakaian manakala urusan kebajikan anak masih lagi menjadi tanggungjawab mutlak dirinya sebagai seorang ibu.

Kelima-lima orang anak Zizie juga kelihatan sangat rapat dengan ibu mereka. Malahan akaun Instagram Zizie juga dipenuhi dengan gambar aktiviti Zizie bersama anak-anak.

Kesemua anak Zizie mewarisi kulit putih gebu ibunda mereka. Mana tak geram dibuatnya. Tambahan pula dengan telatah anak-anak yang baru nak membesar ni yang bermacam ragam sangat mencuit hati. Boleh hiiilang stress dan penat lelah bekerja.

Memandangkan tahun ini merupakan tahun paling meriah buat rakyat Malaysia menyambut lebaran setelah dua tahun tidak dapat menyambut perayaan ini, pelbagai ragam yang dapat di lihat daripada para selebriti di Malaysia di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram Zizie, beliau telah memuatnaik satu video yang memaparkan beliau, suami serta madunya sedang merakamkan gambar kenangan meraikan syawal bersama- sama.

https://www.instagram.com/p/CdDYKDRlq2H/?utm_source=ig_web_copy_link

Tulis Zizie di Instagram, suaminya tak minat yang kuurus (merujuk kepada wanita yang kuurus) sebaliknya lebih menyukai wanita comel seperti mereka. Dato Bung juga tidak dapat menyembunyikan riak wajahnya yang ceria ketika merakamkan gambar kenangan bersama keluarga.

Zizie turut berpesan kepada k4aum Adam yang ingin berpoligami supaya tidak cemburu dan boleh menuntut ilmu dengan panglima perang Sabah (merujuk kepada suaminya Dato Bung Mokhtar)

Ketiga mereka saling bergelak ketawa sewaktu sesi bergambar menandakan bahawa hubungan yang berlangsung sebagai madu antara Zizie dan isteri pertama Dato Bung Mukhtar itu terjalin dengan sangat baik selama ini meskipun mereka jarang berkongsi perkara berkenaan kepada orang ramai.

Sementara itu, caption tulisan Zizie yang mencuit hati di perkongsian video berkenaan turut menarik perhatian para pengikut dan para peminat beliau. Rata- ratanya mendoakan hubungan beliau dan madunya terus erat dan penuh dengan kasih sayang antara satu sama lain. Berikut dikongsikan komen netizen.

“Bagusnya dah mcm adik beradik..Selamat hari raya..semoga diberi berkat dan rezeki yg murah” – Netizen

“Datin..boleh tak bila2 share apa tips datin amalkan utk jaga hubungan rumahtangga..saja la nak tau” – Netizen

“Syukur alhamdulillah… Tumpang gembira tgk kebahagiaan mcm datin nie… Semoga dtambahkn lg kebahagiaan bersama org2 tersyg hingga ke jannah… Aamiin ya rabbal alamin” – Netizen

Amat jarang sekali melihat perkongsian Zizie bersama madunya itu. Namun sempena perayaan 1 Syawal kali ini, begitu terasa kemeriahan apabila berpeluang untuk berjumpa kembali setelah 2 tahun tidak dapat beraya bersama kerana PKP.

Zizie bersama madunya berkesempatan berkumpul bersama sempena hari raya. Mereka bertiga juga mempunyai hubungan yang sangat baik apabila merakamkan gambar bertiga sebagai kenangan sempena Syawal tahun ini.

Sumber: ig zizie izette

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!