“Si Abah pun sibuk nak naik, mmg terbalik lah pelampung tu haha”- Netizen

Keluarga adalah segala-galanya. Suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa serta ibu bapa mertua merupakan insan yang cukup penting dan penyumbang terbesar kebahagiaan yang kita sendiri kecapi. Di saat kita melalui suka dan duka, ahli keluarga lah antara insan yang ada bersama kita dan sentiasa menghulurkan bantuan. Maka pentingnya hubungan kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.

Seperti selebriti Jep Sepahtu dan Sariyanti, mereka memiliki sebuah keluarga yang bahagia dengan kehadiran anak-anak. Riuh-rendah keluarga kecil Jep dan Sariyanti membuatkan ramai netizen suka melihat mereka.

Lebih-lebih lagi apabila Jep seorang yang suka membuat lawak, gelagat beliau sahaja telah membuatkan kita berasa lucu dan terhibur melihatnya.

Bukan setakat kita sahaja yang berasa lucu, isterinya juga turut sama terhibur dengan lawak suaminya.

Buktinya, Sariyanti berkongsi video percutiannya bersama suami dan anak-anak. Sariyanti juga sempat merakam gelagat suaminya yang membuatkan netizen berasa lucu selepas melihat video tersebeut.

Malah sisi lain seorang Jep, Beliau suka melayan kerenah anak-anak di samping gelagatnya itu pun juga kelakar je memanjang.

Meskipun Jep kelihatan sibuk dengan kerja beliau, Jep tetap meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak dengan pergi bercuti bersama keluarga.

Sementara itu, video yang dimuatnaik oleh Sariyanti telah ditonton sebanyak 164,000 tontonan sejak dimuatnaik Sabtu.

Rata-rata netizen lebih tertumpu kepada gelagat Jep yang kelihatan lucu tatkala melayan anak-anak mandi kolam renang.

Lucu betul Jep ni bila tengok dia dengan anak-anak. Happy family Jep dan Sariyanti. Suka tengok family diorang ni.

Sumber: Instagram sariyanti

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!