“Tokti dulu zaman sekolah kan aktif sukan”- Netizen

Aktif bersukan sememangnya bagus untuk kesihatan kita. Bukan setakat kita yang dewasa ini sahaja perlu aktif bersukan, anak-anak pun perlu diajar untuk aktif bersukan dari kecil. Ia bagus untuk perkembangan mereka. Baik anak lelaki atau anak perempuan, kalau diberikan kebenaran untuk keluar bersukan di padang pasti mereka suka sangat.

Sebagai ibu bapa, mereka juga berperanan penting dalam menyokong anak-anak supaya aktif bersukan. Si cilik ini perlu diberikan pendedahan kepada beberapa jenis sukan dan membiarkan mereka ikut rakan-rakan bersukan sekali.

Pernahkah anda melihat sukan tahunan anjuran tadika atau pra-sekolah yang dikhaskan untuk kanak-kanak? Dari situ boleh bermulanya kanak-kanak memupuk minat terhadap sukaneka.

Seperti contoh, anak sulung kepada Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid iaitu Siti Aafiyah cukup aktif bersukan sama seperti ibunya. Lihatlah posting video tang dimuatnaik Dato Siti Nurhaliza atau terkenal dengan gelaran Tokti ini, kelihatan Aafiyah melibatkan diri dalam hari sukan di tadika tempat si cilik ini belajar.

Menerusi kapsyen ditulis Tokti pada posting video tersebut, Aafiyah mengikut jejak beliau yang juga teruja dan semangat apabila melakukan aktiviti sukan. Bukan mudah sebenarnya untuk melihat anak kecil aktif bersukan..

Namun si comel Aafiyah cukup aktif dan lebih bersemangat lagi apabila bapanya juga turut ada bersama memberi sokongan buat Aafiyah. Dari sini kita sudah lihat ibu bapa Aafiyah sangat mengalakkan anaknya aktif bersukan.

Aafiyah memang ikut jejak ibunya. Akui Tokti, beliau memang seorang yang aktif bersukan dan peminat-peminat setia Tokti pun tahu kehebatan beliau dalam bersukan.

Dalam pada itu, posting video oleh Tokti di Instagram telah menerima 755,000 tontonan dan 40,000 tanda suka. Video tersebut mencuri perhatian ramai netizen dan rata-ratanya suka melihat Aafiyah aktif.

Ramai netizen juga memberi sokongan buat Aafiyah di ruangan komen. Aafiyah si cilik ini sudah setanding popular dengan ibunya. Apa sahaja posting berkenaan Aafiyah pasti akan menarik perhatian orang ramai.

Comelnya tengok Aafiyah berlari time sukaneka. Nampak semangat betul Aafiyah nak menang dalam pertandingan sukan tu.. Bagus Aafiyah, semangat Aafiyah.

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!