“Setiap kali nak nyanyi mak asyik caarut saya” – Alif Syukri

Umum tahu figura nan seorang ini seorang usahawan berjaya. Lebih dikenali apabila tak sunyi daripada menghasilkan content-content tentang kehidupan harian selain perniagaannya, pastinya ramai terhibur dengan hantaran-hantaran beliau di media sosialnya. Sebagai ibu sudah tentu ibunya yang juga peniagawati wanita dikenali, Rozita Ibrahim menyokong kuat anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dalam membina empayarnya terutama dalam bidang perniagaan. Malah mereka berdua kini antara ikon usahawan berjaya di negara ini.

Begitupun, gamaknya agak skeptikal dengan Aliff, Rozita yang gemar membahasakan dirinya sebagai bonda ini seakan tidak menyokong apabila anaknya itu hendak dan sudahpun terjvn ke bidang nyanyian, walaupun Aliff telah mencuba sejak beberapa tahun lalu.

Menghasilkan beberapa single sebelum ini, terbaharu suami kepada Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid itu berkongsi teaser akan mengeluarkan lagu terbaharunya sempena sambutan Hari Raya tahun ini. Perkara itu dikongsikan dengan Rozita.

Namun demikian lihat saj4lah hantaran beliau di IG nya ini, Rozita cuba mengelak ketika Aliff datang kepadanya untuk memohon restu sebelum keluarkan lagu. Sampaikan menurut Aliff di kapsyen hantarannya itu, bukan sekali dua Rozita tak menghargai bakatnya.

Bahkan setiap kali hendak menyanyi, ibunya itu dikatakannya akan ‘mencarutkan’ dirinya. Tapi kata Aliff ibunya itu patut tahu bahawa dirinya mempunyai bakat yang luar biasa. Hinggakan dibawakannya hadiah untuk Rozita bagi merestui dirinya pun dikatakan tak mampu membeli jiwa ibunya itu untuk memuji

https://www.instagram.com/p/CcVUze0ADdG/

Merasa sedih dan mempersoalkan kenapa jadi begitu, kata Aliff niatnya hanya hendak menghiburkan orang sahaja. Kata Aliff penat dia menyanyi, sampai hati ibunya ‘menolaknya’. Begitupun tulisnya tak apalah tak menyokong, mungkin orang lain sebaliknya.

Di hujung video itu, Aliff berkongsi lagu baharunya dan menanyakan netizen sama ada lagu itu sedap atau tidak. Aliff turut berkongsi agar netizen menanti-nantikan lagunya itu yang bertajuk ‘Kelepuk Raya’. Haa..lain macam tu bunyinya.

Apa pun sekali pandang dan dengar, macam terhibur juga cuplikan pembikinan video klip yang dikongsikan. Memang kuat semangat dan tak putus asa betul Aliff ni ya… Walaupun dikecam ibu sendiri pun tetap mahu membuktikan kemampuan dan bakat ada pada dirinya.

Yang pasti ibu mana yang tak kenal anaknya sendiri? Pasti ada sebab mengapa Rozita bertindak seumpamanya. Gamaknya merasakan suara anaknya itu tak cukup power untuk bergelar seorang penyanyi. Apa pun jujurnya bagi penulis suaranya ada keunikan tersendiri.

Dan apa yang penting, bukan sekadar nyanyian, tetapi bakat Aliff memang agak menghiburkan dengan cara dan gayanya yang tersendiri. Terpulanglah pada penerimanya, nak dengar boleh saja, tak mahu tutup sahaja telinga dan ‘lari’ macam Bonda Rozita kan…Adeh…

Sumber: IG Datuk Seri Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!