“Setiap kali keluar mst ikut pintu belakang, ambik selipar di depan”- Adira

Sememangnya apabila untuk menjadi seorang ibu ini sangatlah complicated. Tugas dan tanggungjawab tak henti-henti harus diuruskan satu persatu. Tapi, itulah tugas yang telah ditetapkan, nak taknak memang ke hadap jelah. Urus anak ke sekolah, menyiapkan makan minum isi rumah dan sebagainya. Sebabtulah, kita kena hargai jasa ibu.

Lebih-lebih lagi jika insan yang bergelar ibu itu adalah seorang selebriti. Ada yang sampai jobnya dari pagi hingga malam. Sungguh memenatkan. Sebab itulah kebanyakan ada yang mengambil pembantu rumah, sedikit sebanyak mampu meringankan beban menguruskan hal-hal rumah.

Begitu juga dengan selebriti tanah air yang bernama Adira. Beliau yang merupakan ibu kepada 3 orang anak ini juga tak lari dari situasi yang dikatakan sebelum ini. Yelah, orangnya job sana sini tak henti-henti, kadang-kadang tak menang tangan nak uruskan satu-persatu.

Adira yang melakonkan parodi situasi apabila golongan ibu-ibu ingin keluar rumah tanpa diketahui oleh anak-anak. Memang kelakar, sebijik macam apa yang terjadi kepada k4aum ibu.

Adira yang melakonkan situasi beliau men1nggalkan rumah mengikut pintu belakang supaya anak-anak tidak menyedari ibunya itu tiba-tiba hilang. Beliau juga tak pakai kasut tau keluar rumah kerana kasutnya disimpan di bahagian depan rumah. Punyalah nak berhati-hati sampaikan kasut pun tak sempat nak pakai.

Ramai juga yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Adira itu memang betul-betul dialami oleh golongan ibu. Memang besar ya pengorbanan ibu ni. Kasih yang tak berbelah bagi.

Video yang diparodikan itu sangat melucukan, rata-rata netizen mencuit hati. Antara komen netizen ialah “Aduh serupa kalo nak lari tinggalkan anak even kjp ke kedai dpn je”, “Kebiasaan setiap pagi.. subuh bangun handbeg, handphone semua dah letak depan pintu, minyak pagi pakai bila dah keluar rumah” dan sebagainya. Jelas ya di situ bahawa netizen tu tergelak melihat ragaman Adira.

Itu baru soal taknak bagi anak tahu ibunya keluar rumah untuk bekerja, belum lagi hal-hal lain seperti hal memasak, hal sekolah anak-anak, hal suami dan sebagainya. Memang tugas sebagai ibu ini takkan henti-henti.

Pun begitu, jangan dilupakan bahawa insan yang bergelar juga jasanya tak terbalas. Ibu dan bapa sememangnya harta yang paling berharga di dunia. Tanpa mereka, tiada kita di dunia. Berbuat baiklah kepada mereka selagi ada.

Sumber : Ig Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!