“Adinda bongsu Bell Ngasri peminat lagu Angan-angan” – Raja Ema

Pada peminat terutama ketika di zaman kegemilangannya pasti masih mengingatinya sehingga sekarang. Selain daripada kejayaan dalam bidang nyanyian, artis bersuara lunak manja ini juga merupakan seorang pelakon wanita yang sangat berjaya di zaman kegemilangannya sehingga digelar Ratu Filem Usahasama. Mana taknya… Raja Ema pernah berlakon sebanyak tujuh buah filem usahasama Malaysia-Indonesia. Sudah tentu peminatnya terdiri daripada segenap lapisan dan kelompok masyarakat.

Jngan tak tahu, adik bongsu kepada pelakon, Bell Ngasri yang juga seorang insan istimewa, dipanggil Baby ini juga peminat Ema yang pernah mendapat gelaran Puteri Pop Malaysia 80-an. Mesti biasa dengar Ema menyanyi dulu-dulu.

Lihat sahaj4lah video dikongsikan Ema di Instagram nya ini. Siap Baby boleh ikut lagi Ema nyanyi lagu ‘berhantvnya’, Angan-angan. Walaupun agak terlari liriknya, pun begitu mampu mengikut melodinya dengan baik.

Hinggakan ketawa Raja Ema dibuatnya. Apa pun seperti abangnya Bell, Baby pun terlihat agak sporting dan lucu orangnya. Tak sangka menjalani pengambaran dengan Raja Ema, adiknya Baby pun dibawa sekali. Tak pasti sama ada Baby pun shooting sama.

Menariknya, kongsi Raja Ema di kapsyen hantarannya itu, adik bongsu Bell itu peminat lagu Angan-angan. Cerita Ema, Baby datang ke set baru-baru ini bersama ibu tersayangnya. Kalau tak shooting sama Bell memang tak jumpa, katanya.

“Happy tengok Ema dgn adik Baby itu”, “Suara kak Ema dari dulu tak berubah, halus-halus manja je”, “Lama tak dengar suara Raja Ema menyanyi”, “Kak Ema tak join GV 9 ke?”, “semoga Kak Ema sihat dan sukses di mana saja berada. Itu antara komen netizen.

Tak kurang yang mendoakan Raja Ema. Setidak-tidaknya h1lang juga rindu peminat nak dengar dengar suara emasnya itu ya… Mana tahu ada sambutan, anak kepada pelakon, Allayarhamah Yusni Jaafar ini dapat pula keluarkan album baru.

Untuk info, album studio pertamanya, Volume 1 telah berjaya terjual sebanyak lebih 100,000 unit. Kejayaannya pada tahun 1985 dan 1986 itu sekali gus mengangkat nama Raja Ema sebagai salah seorang penyanyi paling laris sepanjang era 80-an.

Tak hairanlah adik Bell ini juga meminati Raja Ema kan… Begitupun, dengan adanya muka-muka baharu, lazimnya trend di negara ini, sudah semakin berusia, makin kuranglah artis senior diangkat. Harap yang baik-baik saja untuk Ema.

Raja Ema mendirikan rumah tangga dengan penyanyi nusantara Sheqal pada 1993. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putera Ammar dan Putera Ihsan. Namun, Raja Ema dan Sheqal telah berpisah pada tahun 1999 kerana tidak lagi sehaluan.

Sumber : IG Raja Ema

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!