“Semoga u sentiasa nmpk I yg terpaling cantik selamanya” – Nora Danish

Diam tak diam dah lima tahun rupanya usia perkahwinan kedua pasangan ini. Dalam tempoh itu, jarang sekali didengari cerita yang tidak enak tentang rumah tangga mereka. Semuanya yang baik dan elok sahaja. Ramai juga pengikut dan netizen yang suka melihat kehidupan pelakon, Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri ini yang dilihat tampak manis dan serasi bersama. Begitupun, pastinya sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, namun mereka tetap sentiasa saling melengkapi hingga ke hari ini.

Berkongsi di IG nya, kata Nora, dia bersyukur meneruskan ikatan perkahwinan dengan suaminya itu dan berdoa agar mereka terus bahagia, saling sayang-menyayangi dan hormat-menghorm4ti hingga ke jannah. Agak mencuit hati juga apabila Nora meletakkan harap agar suaminya itu melihat dirinya yang tercantik selamanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen hantaran Nora pula Nedim melayangkan coretan, dengan mengatakan “Ya, kita berjaya sayang, buktikan mereka salah. Alhamdulillah syukur. Ku mencintaimu sayangku”. Memang sweet sungguh pasangan ini kan….

Selain rakan artis, tak kurang netizen yang mengucapkan tahniah atas sambutan ulangtahun perkahwinan mereka serta mendoakan yang baik-baik buat keduanya. Ya lah… Mereka pun baik, mesti ramai yang sayang.

“Happy anniversary. Jodoh kuat, 5 beranak semua muka sejenis je”, “The coolest couple and good hearted. May Allah blessed your family till eternity”, “Happy anniversary love bird. Your love story is real & inspiring”, “So touched watched this video”. Itu antara komen netizen.

Apa pun didoakan moga gerbang ikatan rumah tangga pasangan merpati dua sejoli ini berkekalan sampai bila-bila. Tak kurang juga yang memberikan komen bahawa ucapan Nora dalam kapsyen hantarannya itu tampak comel.

Mengimbas kisah percintaan pasangan ini semasa zaman bercinta, pernah juga mereka dikhabarkan putus ikatan beberapa bulan sebelum kembali bertaut kasih. Selama empat tahun bercinta, akhirnya mendirikan rumah tangga.

Nora berkahwin dengan Nedim pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun. Pada perkahwinannya sebelum ini, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin.

Menerusi perkahwinan pertama Nora dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka. Didoakan moga ikatan suci Nora dan Nedim kekal selamanya dan diberkahi olehNya.

Kerjaya seni Nora bermula pada 2004 sewaktu menjayakan iklan Gadis Misteri Hotlink. Pada tahun berikutnya, ketika berusia 23 tahun, Nora mula mendapat perhatian umum sewaktu mendapat peranan utama dalam sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman.

Sumber : IG Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!